Welcome to ROCKERS WORLD.Before you want to hear all the radio in this blog, please make sure that Windows Media Player on your computer is current. It will be easier for you to listen through this blog.join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Followers

WORLDWIDE RADIO.FM

KINI BOLEH DIDENGARI DI SYOKNYER BLOGGING FROUM
KINI BOLEH DENGAR 24 JAM SETIAP HARI TANPA HENTI HANYA DI
WORLDWIDE RADIO FM® PRESS CLICK HERE
KOMEN SAYA DI FACEBOOK
CHAT WITH ME

Sunday, March 18, 2012

WINDOW 8 COMING SOON

cara install nya xada masalah susah mana pun.sebabkan guna dual boot windows 7 dah window 8., mula mula kami sediakan 1 partition khas untuk Windows 8. ruang yang diberi adalah sebanyak 25Gb.. yup perlukan ruang sebesar itu untuk Consumer Preview nie.. Windows 8 nie macam Windows 7 jugak cara install dia..selection menu dia juga sama.. kami boot dari pendrive, so masa keseluruhan nak install cuma dalam 15 minit.

Nak cerita pasal Windows 8 nie..aku rasa ia dicipta untuk tablet use..design Metro nya seperti windows mobile phone.. dulu aku pernah minat dengan WMP walaupun telah curang dengan membeli Android. Seriusly kalau korang ade wireless, korang akan suka dengan Windows 8. Kami dah cuba dengan wireless office yang sangat laju nie..setiap applikasi yang perlukan wireless semuanya sangat mudah untuk dapatkan maklumat..lihat gambar yang Cuaca tu..memang tepat dengan lokasi dan keadaan cuaca..

Oh seperti apple dan android, kali nie Microsoft perkenalkan Store di sistem operasinya..jadi sesiapa yang ada akaun Live,MSN,Hotmail boleh login dengan akaun tersebut dan boleh layari store. Macam biase ada yang free dan ada yang berbayar..ape yang aku usha, aplikasi dalam store sama saje seperti yang dah ada dalam platform Android..

Satu lagi bar yang diperkenalkan oleh Microsoft adalah "charm bar". okeh Start Menu dah lain..main kotak kotak..charm bar nie x sempat nak habis explore apa kelebihan die.. tapi bar nie hidden dan berada disebelah kiri secara "default" lepasWindows 8 di install.. Setting windows dari segi reso,off, dan lain lain berada disitu dan tak perlu "klik-kanan" tetikus untuk dapatkan semua pilihan tersebut..

Hurm, boleh dikatakan walaupun hanya consumer preview , aku sangat berpuas hati dengan dari segi design nya..mungkin ada yang kata "susahlah" "payahlah" nak guna yang baru nie.. tapi HEY! sampai bila nak kekal jadi "ayam lama".. still windows xp? kasihan..kalau terpaksa guna win xp untuk buat kerja tu...di maafkanlah..hehehe...untuk driver setakat nie yang aku tengok, pengeluar kad grafik dah mula keluarkan driver mengikut produk mereka...

ok, soalan feymes..berat x? hang x?

japawan : TIDAK, sangat ringan!.. laptop yang guna processor biase dan ram 1gb pon lepas..yang penting itu sekadar spesifikasi Minimum! .. so untuk dapatkan penggunaan maksimum dapatkan laptop/pc yang berkuasa..

Sunday, February 26, 2012

KUMPULAN LAGENDA ARYAN

Kumpulan Aryan ditubuhkan pada tahun 1990 dianggotai oleh saudara Atan sebagai penyanyi, Arul sebagai pemain gitar, Amran pemain Bass dan Arby pemain drum. Kumpulan ini berasal dari selangor, pada awal penubuhan mereka menggelar kumpulan mereka Seven Stone sempena nama tempat asal mereka batu tujuh kalu tak silap dekat Tanjung Karang selangor. Ada juga sumber mengatakan nama asal kumpulan ini ialah Skill sebelum ditukar kepada Aryan. Aryan adalah sebuah kaum di Eropah yang wujud pada pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, tetapi kumpulan ini tiada kena mengena dengan kaum tersebut kerana nama Aryan itu diambil sempena gabungan nama nama ahli kumpulan ini. Dengar cerita salah seorang ahli kumpulan telahpun meninggal dunia tapi tak sure mana satu. kumpulan ini pernah melahirkan sebuah album berjudul Baiduri Cintaku dan popular dengan lagu tersebut pada tahun 1990

KUMPULAN LAGENDA BLACK FIRE


Kumpulan Black Fire merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Rock Melayu.
Kumpulan Black Fire kemungkinannya sebuah kumpulan rock Black Metal terawal di Malaysia. Pada mulanya ia ditubuhkan sebagai kumpulan Metal Ghost pada 1982, sebelum menukar nama kepada Blackfire pada tahun 1984. Ia semakin dikenali ramai semenjak tahun 1988, setelah terbabit dengan Konsert Trash Metal yang diadakan di Stadium Negara.
Blackfire dianggotai oleh Azmi Bahari selaku penyanyi, Hadi sebagai pemain Drum, Rammy pemain bass, Joe slaughter dan Jadam sebagai pemain gitar jemputan.
Blackfire juga pernah dianggotai oleh beberapa nama besar dalam bidang muzik Malaysia seperti CD Sil Khannaz, Stona Silent Death dan Din pendita gila

KUMPULAN LAGENDA RUSTY BLADE

Kumpulan Rusty Blade berasal daripada Singapura dan suatu masa dulu pernah digelar Iron Maiden Singapura. Sebab tu dlm gambar tu ada maskot hantu, ala ala Iron Maiden. Tambahan pulak kumpulan ni pernah popular dengan lagu 'langsuir liar'. 

Kumpulan ni asalnya dianggotai oleh Yantzen Juniwan(vocal), Khalid Mobin(guitar), Mamat(2nd Gitar), Razak(bass) dan zan(drum). Mula menghasilkan EP pertama pada tahun 1985 iaitu '786 Ikrar Perwira' dan album pertama mereka menyusul setahun kemudian iaitu 'Tintangan Hidup Dunia'. Boleh dikatakan album paling laku Rusty blade dijual melebihi 100 000 unit. Lagu 'langsuir liar' ada dalam album ni la.

Album 'Berat' menyusul pada tahun 1987 diterbitkan oleh Rusty Blade sendiri dan sesuai dengan namanya, lagu lagu dalam album ni lagi berat dari album sebelum ini. Semasa album ini Leman a.k.a Man karen dari kumpulan Rockers menyertai Rusty Blade memantapkan lagi usaha Rusty Blade untuk muncul dengan lebih heavy dan aggresive. Album ni pun boleh tahan bestnye. Album terakhir Rusty Blade 'Awas' muncul pada tahun 1988, album ni kurang mantap kalau nak banding dengan album Rusty Blade yang lain tapi tetap best.

Selepas berpecah Yantzen menyertai MAY. Kumpulan pertama yang dianggotai beliau ialah 'Heaven Curse' iaitu sebelum menyertai Rusty Blade.

KUMPULAN LAGENDA ALLEYCATS



kumpulan alleycats ditubuhkan pada tahun 1969 di pulau pinang dan mula popular pada tahun 1970an hinggalah membawa ke tahun 1980an. Tonggak utama kumpulan ini ialah David Arumugam dan adiknya Logah. Nama anggota lain aku tak berapa nak ingat, korang boleh la google kalo nak tau sangat. Tapi kalo tak silap aku takde sorang pun anggota kumpulan diorang ni yang melayu, cina dan india je. Sebelum menubuhkan alleycats David dan Logah menyertai kumpulan Super Jets. lepas tu ntah macam mana boleh tukar nama kepada alleycats ntah aku pun tak sure.

Lagu lagu yang penah dipopularkan oleh kumpulan ini adalah seperti hingga akhir nanti, seribu bintang, sampaikan salam cintaku, andainya aku pergi dulu, kalau nak listkan satu satu penuh la page ni sebab diorang dah kuarkan lebih 20 album. Dalam banyak banyak lagu diorang ni lagu sampaikan salam cintaku lah yang paling banyak kenangan pada aku. lagu ni keluar dalam album sampaikan salam pada tahun 1986. Antara kenangan aku ialah masa aku tadika tahun 1988 aku dengan member aku buat drum set guna tin, periuk buruk dan besi besi buruk kat belakang rumah pas tu nyanyi lagu sampaikan salam cintaku. memang best time tu takyah pikir masalah, pagi sampai petang main je.

Alleycats mula menjadi artis rakan dengan album pertama mereka pada tahun 1978 berjudul 'Alleycats'. album ini menampilkan lagu lagu inggeris dan tak begitu mendapat sambutan. Dengan ketidak berjayaan album inggeris tersebut, mereka terbuka hati untuk cuba mengeluarkan album dalam bahasa melayu pula. Dengan beberapa lagu ciptaan M. Nasir dan beberapa komposer melayu lain dan keluar lah album bahasa melayu pertama diorang 'Terima Kasih' pada tahun 1978 juga. Daripada album ini la Alleycats mula popular melalui lagu 'senandung semalam' dan 'Jika kau bercinta lagi'. tahun tahun berikutnya Alleycats terus keluar dengan album melayu iaitu 'Penyanyi' (1979) dan 'Dapatkah?' (1980) dan setiap album tersebut mendapat sambutan.

Alleycats mencapai zaman gemilangnya pada tahun 1981 dimana lagu 'Hingga akhir nanti' mendapat sambutan yang luar biasa dan pada tahun tersebut juga Alleycats membuat konsert pertama mereka di stadium negara. Album seterusnya terus mendapat sambutan dan Alleycats terus popular pada tahun 1980an. Walaupun lagu diorang tak berapa nak rockapak sangat tapi kumpulan alleycats tetap dihormati oleh kumpulan kumpulan rockapak kerana pengaruh mereka dalam kebanyakan peminat muzik rock. Ini terbukti dengan terbitnya album 'Tribute to Alleycats' pada tahun 2007 dimana lagu lagu alleycats dinyanyikan oleh beberapa penyanyi kumpulan rockapak seperti Awie, Rahmat Ekamatra, Saleem, Hattan termasuk M nasir sendiri.

Kumpulan Alleycats kalo tak silap aku tak pernah berpecah cuma beberapa ahlinya mula keluar dari kumpulan tersebut setelah populariti alleycats semakin menurun. Namun kumpulan ini tetap bertahan walaupun dengan dua orang ahli sahaja. Saat menyedihkan bagi kumpulan ini ialah apabila salah seorang anggota asal kumpulan ini yang juga merupakan tonggak utama iaitu Logah meninggal dunia kerana kanser paru paru pada tahun 2007. Logah meninggalkan dua orang anak sorang lelaki sorang pompuan. Pun begitu Alleycats masih tetap ada walaupun hanya tinggal David Arumugam sorang sahaja sehingga kini.

Lupa nak bagitau Alleycats popular dengan imej diorang iaitu rambut afro, aku pernah dengar radio David arumugam kena interview dengan DJ radio, diorang tanya tak pernah terfikir ke nak potong rambut fesyen lain. David kata dia pernah potong dulu tapi dia terima banyak complain dari peminat dan sejak tu dia dah tak pernah tukar fesyen rambut dan kekal dengan rambut afro sampai sekarang. Kalo tak silap aku David Arumugam pun dah bergelar Dato sekarang.

Kepada peminat kumpulan Alleycats, Kumpulan ini akan mengadakan konsert di Istana Budaya pada 16 hingga 18 September 2011 nanti dan buat julung kalinya diiringi band orkestra. Tiket beharga RM65 hingga RM450 - Adoyai. Juga akan menampilkan anak kepada mendiang Logah iaitu Priyadashini, 24.

KUMPULAN LAGENDA TEJA


Kumpulan Teja berasal dari negeri mana aku tak berapa pasti tapi maybe Ipoh Perak sebab penyanyi dia orang Perak kalau tak silap. Kumpulan ni asalnya adalah kumpulan Fantasia yang ditubuhkan pada tahun 1988 dan ditukar nama kepada Teja pada tahun 1991 selepas penyanyinya mengundurkan diri dan diganti oleh Rashid Teja.

Teja sempat menghasilkan dua buah album iaitu 'Teja' dan 'Laungan Suci'. Album Teja asalnya adalah album ke-4 kumpulan gersang yang tak dapat diteruskan disebabkan ketiadaan penyanyi mereka iaitu Man Bai kerana Sakit Tonsil. Kumpulan Gersang sempat merakamkan muzik untuk semua lagu dalam album tersebut tetapi berpecah sementara menunggu Man Bai pulih dari sakit dan album tersebut diserahkan kepada kumpulan Teja pada tahun 1991.

Antara lagu yang popular dalam album sulung mereka ialah 'Kau yang tak mengerti', 'Belayar dalam perut paus' dan 'Kenangan semusim cinta'. Ahli kumpulan Teja pada masa ni ialah Rashid (Penyanyi), Zul (gitar), Empy (Bass), Syed (Gitar) & Lan (Drum).

Setahun kemudian Lan dan Zul mengundur diri dan tempat mereka diganti oleh Din (Gitar )& Dino (Drum). Kemudian keluarlah album mereka yang ke-2 iaitu Laungan Suci pada tahun 1992. Antara lagu best ialah 'Kenangan di Taman Cinta' dan 'Laungan Suci'.

Bila dan kenapa kumpulan ini berpecah tidak dapat dikenalpasti. Rashid dan adiknya Indra menubuhkan duo yang diberi nama twins. Sedap jugak lagu diorang antaranya 'kita adalah kita' dan 'satu selamanya' namun mungkin disebabkan kurang mendapat sambutan kumpulan ni tak bertahan lama.

KUMPULAN LAGENDA GARUDA

Selain daripada menjadi maskot pasukan dan syarikat penerbangan Indonesia, ramai yang tak tahu GARUDA juga merupakan salah sebuah band rockapak dari Malaysia yang pernah muncul sekitar tahun 1991. Nama asal kumpulan ini ialah Farmosa, diasaskan oleh bekas penyanyi Handy Black iaitu Isa Rahman. Dianggotai oleh Isa Rahman (Vokal), Zaini (Gitar), Man Tobey (Bass) dan Yem Sambora (Drum). Man Tobey adalah pemain bass asal kumpulan XPDC sebelum Azuar, beliau juga pernah menyertai kumpulan meditasi. Manakala Yem sambora pula selepas kumpulan Garuda berpecah beliau menyertai kumpulan Crossfire dalam album espirit de corp. Kumpulan Garuda sempat mengeluarkan satu album pada tahun 1991 berjudul 'Bahtera Mahkota' diterbitkan oleh Samad Mean. Antara lagu hits mereka Bahtera Mahkuta, Rahsia Tapi Nyata, Terpijak di Bumi yang Nyata dan banyak lagi. Ramai juga komposer hebat yang menjayakan album diorang ni antaranya Ramli Sarip, Samad, Man Kidal dan Arab. Tapi entah kenapa kumpulan ini berpecah sebelum sempat mengeluarkan album ke-dua, anggota kumpulan ini membawa haluan masing-masing dan Isa Rahman membuat album solo pertama beliau berjudul Isa Rahman pada tahun 1992.

KUMPULAN LAGENDA KASHMIR STONE

Ramai yang tak tahu kewujudan kumpulan ni sekitar tahun 1998, mungkin sebab tak ramai yang suka dengar lagu Tamil atau mungkin hanya orang india je yang dengar lagu Tamil. Kumpulan Kashmir stone yang rata rata ahlinya berasal dari Kajang dianggotai oleh Brahma (Vokal/gitar), Arun (Bass/Gitar/Penyanyi latar), Andrian (Gitar utama), Jika (Drum). Semasa interview di radio RFM satu ketika dahulu diorang bagitau diorang letak nama Kashmir Stone sebab diorang suka dengan perkataan Kashmir dan disebabkan diorang minat sangat dengan Rolling Stone maka diletakkan perkataan Stone di hujung nama kumpulan maka jadilah Kashmir Stone.

Rata rata ahli kumpulan ni boleh main lebih dari satu alat muzik dan berbakat mencipta lagu sendiri, contohnya Brahma pada awal penubuhan Kashmir stone bermain drum tapi kemudiannya dia menjadi vokalis merangkap pemain gitar. Jika pula selain bermain drum beliau juga mengajar bermain alat muzik melayu seperti gendang dan kompang sebagai part time. Arun, sebelum menyertai Kashmir Stone bermain untuk band di gereja mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik dan boleh memainkan apa saja jenis muzik daripada lagu gereja hinggalah ke lagu metal. Andrian pula selain bermain gitar untuk Kashmir Stone adalah merupakan professional studio sessionist dan juga private guitar tutor.

Kalau tak silap xn kumpulan ni sempat keluarkan tiga album iaitu '80s Remix', 'Manga Thoppu' dan 'Nande Kathey', tahun album dikeluarkan xn tek berapa pasti. Banyak lagu diorang yang best antaranya 'Malaysia Makkel' yang selalu dimainkan oleh Isma Halil semasa beliau menjadi DJ di THR dulu, boleh dikatakan setiap malam dia pasang lagu 'Malaysia Makkel' ni. Antara lagu lain yang sedap seperti 'Sorgam Naduviley', 'KL City Kulle' dan lagu slow rock seperti 'Rozzana', 'Oh My Love' dan 'Neethane'. Tiga lagu slow rock ni memang tangkap shahdu, kalo tak caya cubalah dengar.

Cuma kesilapan kumpulan ni pada pendapat xn diorang kalo tak silap ada satu je lagu melayu iaitu lagu 'Setiap Malam' tapi lagu ni pun tak sehebat mana kalau nak dibanding dengan 'Rozzana', 'Oh My Love' dan 'Neethane'. Kalau diorang ada banyak lagu melayu yang best macam lagu 'Rozzana', 'Oh Mylove' dan 'Neethane' xn rasa diorang boleh pergi lagi jauh dan mendapat tempat di hati pendengar melayu. Bila dah mendapat tempat boleh la diorang promote lagu tamil diorang pulak. Sebab bukan senang nak jual lagu tamil dekat pendengar Melayu dan bukan senang nak jual lagu rock dekat pendengar India. Apapun, diorang memang layak untuk dipuji kerana masih boleh dianggap berjaya memperjuangkan lagu rock tamil di Malaysia walaupun kejayaannya tak segemilang kumpulan wings atau search.

Selepas Kashmir Stone, Brahma menyertai kumpulan rock tamil baru iaitu Rajhula pada tahun 2008 dan keluar dari kumpulan tersebut pada penghujung tahun 2008 dan takde berita terbaru mengenai beliau hingga sekarang.
Related Posts with Thumbnails
 
This site does not host any files, only indexes links found on the Internet. I am not responsible for the misuse of the content found on Blog and also I am not responsible for any damage or injury caused by anything posted here. If something in the Blog is your property or cause him any damage or injury, please contact by EMAIL ME HERE we will withdraw the content of the blog as soon. Content here is just disclosure. We use third-party advertising companies to serve ads when you visit our website. These companies may use information (not including your name, address, email address, or telephone number) about your visits to this and other websites in order to provide advertisements about goods and services of interest to you. If you would like more information about this practice and to know your choices about not having this information used by these companies, click here.