Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















asal usul rock n roll

Posted by Crew Wednesday, May 26, 2010 0 ulasan

Rangkaikata Rock-n-Roll
(räk'n roll') telah pertama kalinya disebut-sebut oleh penghebah radio (DeeJay) bernama Alan Freed dari Cleveland, USA pada tahun 1951. Beliau mengambil istilah tersebut dari lirik lagu "My Baby Rocks Me with a Steady Roll". Sudah menjadi kebiasaan di era itu, penggunaan perkataan-perkataan rock, roll, rock and roll, dll., dikaitkan dengan adegan-adegan ketika bersetubuh/bersenggama. Di waktu itu iaitu sebelum "rock-n-roll", muzik irama "blues" telah berkembang di tahun-tahun 50an. Irama blues pula berpunca dari "rythm and blues". Kesemua irama-irama tersebut mempunyai karektor yang sama iaitu, penggunaan gitar elektrik, rentak yang kuat, dan lirik-liriknya disuaikan untuk kaum muda-mudi. Blues telah muncul sebelum tahun 1950 lagi iaitu muzik pendatang dari benua Afrika. Dari dictionary.com, makna "rock'n'roll" adalah satu genre muzik popular bermula dalam tahun 1950an; adunan muzik bangsa kulit hitam "rhythm-and-blues" dengan muzik bangsa kulit putih "country-and-western"; perkataan "rock" pula adalah istilah yang dikeluarkan dari pelbagai stail yang bercambah dari "rock'n'roll."Antara artis "rock'n'roll" yang menonjol di era 50an adalah Bill Haley (Rock Around The Clock) , Buddy Holly (That will be the day), Carl Perkins, Chuck Berry (Maybelline), Bo Diddley (Bo Diddley), Elvis Presley (Jailhouse Rock), Fats Domino, Jerry Lee Lewis, Little Richard (Lucille), Muddy Waters, James Brown (I feel Good) dan ramai lagi.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞