Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















Intro rock

Posted by Crew Wednesday, May 26, 2010 0 ulasan

Era 80an sehingga 90an merupakan era yang menaikkan nama pemuzik-pemuzik rock tanahair. Pada era tersebut kumpulan-kumpulan rock tumbuh bagaikan cendawan yang secara tidak langsung telah memeriahkan senario rock pada zaman itu. Penglibatan pihak-pihak berwajib telah banyak membantu kumpulan-kumpulan rock ini mengenengahkan bakat mereka. Pada tahun 1983 Juara Rock telah diperkenalkan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru kumpulan yang bermain muzik rock di Malaysia. Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan D'Febians dan The Lefthanded. Kumpulan Titanic dan Split Times (lagu hits - Rintihan Semalam) pula adalah kumpulan bertuah kerana berjaya merakamkan 2 buah LP dalam bentuk piring hitam.
Pada tahun 1984 terdapat sebuah lagi pertandingan ianya dinamakan Festival Rock 1984 yang telah berlangsung di Dewan Jubli Intan, JB. Kumpulan yang bertanding pada ketika itu ialah Gersang, The Burmarks, Hurricane, The Hazzards dan The Five Years After.
Usaha-usaha untuk menaikkan martabat muzik rock pada ketika itu berterusan sehinggalah pada akhir 1990an.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞