Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















KUMPULAN ROCK LAGENDA -LEFTHANDED

Posted by Crew Monday, May 31, 2010 0 ulasan

Kumpulan Lefthanded ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia. Pada asalnya mereka bergelar Kumpulan The Lefthanded tetapi kemudiannya perkataan The digugurkan. Ditubuhkan di Johor Bharu pada tahun 1979. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu dengan lirik berbahasa Melayu.

Kumpulan The Lefthanded mulai dikenali ramai setelah menyertai Juara Rock 1983 pada tahun 1983. Kumpulan The Lefthanded kemudiannya menukar nama kepada Kumpulan Lefthanded. Nama mereka diambil sempena pemain gitar utama mereka yang bermain gitar menggunakan tangan kidal.Sebelum merakamkan album, mereka sudahpun aktif dipentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip dan Rahim Maarof.
Pada asalnya penyanyi Roy atau Rauzan Alwi (kini terkenal penyanyi lagu patriotik) merupakan penyanyi asal Lefthanded sebelum Nash. Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat bersama merakamkan album Search berjudul "Cinta Buatan Malaysia" pada tahun 1985.Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung "Keadilan" pada tahun 1986 yang benar-benar menghangatkan dunia seni muzik tanahair dengan sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock, Ramli Sarip.Yan pula turut menyumbangkan suara didalam album Seruan , pada lagu Ringan Berat.

Pada album kedua mereka berjudul Seruan (1987), mereka menambah anggota kepada enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen 'keyboard' di dalam lagu Lefthanded.

Didalam album Evolusi (1989) kematangan mereka terserlah pada lagu-lagu yang dimainkan.

Selepas album Evolusi (1989) , Nash penyanyi utama mereka telahmeninggalkan Lefthanded dan tempatnya telah digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Raja Rock, Ramli Sarip. Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu kumpulan Lefthanded berkubur begitu sahaja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded. Kemudiannya Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya.

Selepas itu penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella .

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞