Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















KUMPULAN ROCK LAGENDA - MAY PART 2

Posted by Crew Monday, May 31, 2010 0 ulasan

Kumpulan May ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia semenjak penghujung 1980-an. Kumpulan ini membawakan lagu-lagu berbahasa Melayu dan dicipta oleh pemuzik lain.

Selepas melihat kejayaan teman sekampung mereka iaitu Kumpulan SYJ meraih
populariti daripada konsert dan 2 buah album BATTLE OF THE BANDS, 4 orang anak
muda daripada kampung yang sama (Kampung Manjoi, Ipoh, Perak) iaitu Mustaffa,
Sharip, Nasir dan Mohktar telah bersepakat untuk mengikut jejak langkah SYJ
dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras.

Apatah lagi
keempat-empat dari mereka memang mahir bermain peralatan muzik seperti gitar,
bass dan dram, malah mampu menciota lagu sendiri. Selain itu, mereka juga
berpengalaman dalam membuat persembahan pentas terutama di majlis-majlis orang
kahwin sekitar Ipoh.

Pada bulan Mei tahun 1986, Mustaffa, Sharip, Nasir
dan Mohktar telah mendaftarkan diri untuk memasuki pertandingan JUARA-JUARA ROCK
dengan mengguna nama MAY sebagai nama kumpulan. Nama MAY diambil sempena pangkal
huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu M bagi nama MUS (Mustaffa)
& MAN (Sharip), A bagi ABU (Nasir) dan Y bagi YUS (Mohktar).

Didalam pertandingan tersebut, MAY telah mendendang beberapa lagu HEAVY METAL
ciptaan sendiri … keupayaan mereka bermain muzik secara live telah menarik
hati para juri pertandingan walaupun mendapat saingan sengit dari lain-lain grup
yang turut bertanding seperti Scandals, Burnmarks, Metalian dan D’Febians.
Akhirnya MAY diumumkan menjadi johan pertandingan itu mengalahkan banyak
kumpulan lain yang rata-ratanya dari Johor. Tidak cukup dengan kemenangan tempat
pertama itu, ABU turut dinobatkan sebagai gitaris terbaik JUARA-JUARA
ROCK.

Semangat anggota MAY makin berkobar-kobar untuk menjadi artis
ternama apabila Ali Bakar iaitu orang kuat BOX-OFFICE yang menganjurkan
pertandingan tersebut, menawarkan MAY untuk merakamkan album ala ‘Battle Of The
Bands’ bertajuk JUARA-JUARA ROCK. Didalam album itu - MAY telah mendendangkan 6
buah lagu iaitu Pemuzik Muda, Derita Bangsa, Gadis Misteri,Kembalilah Semula,
Bayangan Hidup dan Sketsa Sebuah Cinta. JUARA-JUARA ROCK turut jua menampilkan 4
grup ROCK lain iaitu Scandals, Burnmarks, Metalian dan D’Febians yang
masing-masing juga merakamkan 6 lagu. Oleh kerana faktor ruang kaset yang tidak
mencukupi, 30 lagu tersebut dipecahkan kepada 3 jilid iaitu JUARA-JUARA ROCK
(JJR), JJR 2 dan JJR 3 dan dipasarkan pada 3 tarikh berasingan .. JJR pada awal
1987, JJR volume 2 pada pertengahan 1987 dan JJR volume 3 pada akhir
1987.

Berikutan jualan ketiga-tiga album tersebut yang begitu
memberangsangkan…MAY kemudiannya telah ditawar untuk menjadi artis rakaman
WARNADA (album JJR 1, JJR 2 dan JJR 3 juga diedarkan oleh WARNADA.)

MAY
bersetuju dengan tawaran tersebut lantas menandatangani kontrak selama 3 tahun
dengan WARNADA. Maka serentak dengan pengedaran album JJR 2, MAY juga sibuk di
King’s Studio bagi menyiapkan album sulung mereka. 6 bulan selepas JJR 3
dipasarkan, album sulung MAY pun dipasarkan dengan tajuk DILEMA pada awal
1988.
Kumpulan ini mula sibuk memenuhi undangan persembahan pentas. Bagi
memudahkan kerja mendapat show - MAY telah melantik seorang promoter bagi
menguruskan hal pembayaran pertunjukan pentas. AZHAR yang juga rakan MAY dari
Kampung Manjoi telah diberi kepercayaan memikul tugas tersebut. MAY lasak dari
segi ’show’ tetapi tidak segi jualan album. Seperti diketahui umum, pada tahun
1988 artis-artis ROCK yang mempunyai rambut panjang - di’ban’ atau di’haram’kan
dari muncul di kaca tv atau disiarkan lagu mereka dicorong radio milik kerajaan.
MAY tidak terkecuali - MUS, MAN, ABU dan YUS sememangnya berambut panjang dan
tidak mahu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak RTM. Lantaran
kedegilan mereka itu, RTM telah menggam MAY.. Walaubagaimanapun, MAY masih dapat
keluar TV melalui TV swasta iaitu TV3. Sketsa Sebuah Cinta, Ku Dalam Dilema dan
Tiada Lagi Engkau adalah 3 lagu yang dipertandingkan dalam carta MUZIK-MUZIK
1988.

Pada akhir 1988, MAY telah mula sibuk kembali di King’s Studio bagi
menyempurnakan proses rakaman album kedua mereka. Album yang bertajuk HAKIKAT
dipasarkan pada awal 1989, dengan jualan yang menakjubkan sehingga MAY
dianugerahkan Award Double Platenium. Hal ini kerana album HAKIKAT secara total
dipenuhi oleh lagu-lagu sedap didengar. Meskipun banyak lagu KERAS dan BINGIT
tetapi melodinya yang catchy memberi kelebihan. Lagu GRAFITI, DARI KACAMATA,
HAKIKAT PERJUANGAN, IMPIAN dan PELAYARAN adalah lagu ‘ganas’ dalam albem
tersebut. Kehadiran 3 lagu Slow dalam album itu juga menarik perhatian peminat.
SENDIRI, CINTAMU MEKAR DIHATI dan CINTAKU SEWANGI KASIHMU adalah lagu berhantu
tersebut. Suara Mus selaku vokalis MAY yang berubah menjadi halus juga merupakan
salah satu faktor yang melariskan lagi album HAKIKAT. Jika dialbum DILEMA
dahulu, vokal Mus serak dan ‘husky’, untuk album ini ‘tone’ suaranya makin lunak
dan merdu. Begitu juga dari segi susunan muzik - alunan petikan ‘gitar solo’
dari ABU terserlah. Hentakan dram MAN terutama pada keras juga menambah rencah
untuk album ini. Bass dari YUS juga makin ligat.

Pertengahan 1989, lagu
SENDIRI dan DARI KACAMATA telah dicalonkan untuk menyertai carta Muzik-Muzik’89
di tv3, cuma lagu SENDIRI sahaja yang layak menyertai JUARA LAGU 89 oleh kerana
saingan sengit daripada artis lain seperti SEARCH, WINGS, GERSANG, ILLUSI dan
ramai lagi. Persembahan MAY di malam itu amat mengecewakan. Vokal Mus tidak
halus seperti kaset. Lagu SENDIRI juga dicacatkan oleh petikan gitar solo -
gitaris BURNMARKS iaitu JOE. Cara alunannya amat berbeza dengan cara ABU
menggalunkan solo. Semasa Joe Burnmark membuat alunan solo, ABU pula bertindak
sebagai gitar distortion. Cuma dibahagian akhir lagu tersebut, barulah ABU
mengalunkan solo sehingga tamat. Tiada apa yang dapat dipertikai dengan
permainan MAN dan YUS, kedua-duanya telah membuat persembahan
bersungguh-sungguh. Selepas tamatnya JUARA LAGU 89, Mus kasi alasan bahawa dia
kena selsema lalu menyebabkan vokalnya tak mantap sewaktu menyanyikan lagu
SENDIRI!!

Tahun 1990 merupakan tahun akhir MAY bersama Warnada…oleh itu
albem ketiga MAY dicepatkan pembuatan dan edarannya - album bertajuk RAHSIA ini
turut berjaya seperti album HAKIKAT malah album ini sebelum dipasarkan mendapat
pesanan 10, 0000 unit!!!!!! Album ini mempunyai pelbagai lagu HEAVY METAL yang
menarik. Antaranya ialah RAHSIA KOTA, RACUN BERMADU, BATU API dan BLACK AREA.
Albem MAY pasti tidak lengkap tanpa 3 buah lagu slowrock, kali ini menampilkan
lagu GADIS BERTUDUNG PUTIH iaitu lagu ciptaan Nasha Kevin sebagai lagu hits
utama. Lagu ini adalah lagu kesinambungan kepada lagu popular mereka mereka
SKETSA SEBUAH CINTA. 1990 juga turut menampil band anak didik MAY iaitu HIDAYU
muncul dengan sebuah album berjudul PERJANJIAN. Kumpulan rock ini adalah dibawah
naungan MANN PRODUCTION iaitu kompeni kepada MANN iaitu drummer MAY. Tajol (kini
vokalis FTG) adalah penyanyi HIDAYU.

1991 menyaksikan MAY tekad keluar
dari syarikat rakaman Warnada dan beralih arah ke kompeni lain iaitu Antares
Muzik. Melalui label Warna Rekod lahir lah album keempat mereka iaitu STRATEGI.
Albem ini diterbitkan oleh allahyarham J S Kevin bersama MAY sendiri. Seperti
yang sudah-sudah, albem STRATEGI juga menampilkan 3 lagu ‘jiwang’ yang syahdu
iaitu ABADI, EMPAT SUDUT BERDIRI dan SENDIRI UNTUK KEMANA manakala lagu
selebihnya adalah lagu keras seperti SINGA TARING PALSU,RAJA JIWA, TEMAN TAK
BERNYAWA dan STRATEGI. Malah MAY membuat 1 perubahan apabila menyelit 1 lagu
berirama thrash ALAM (Aku Lah Antara Mereka).

Pada peringkat awal, album
STRATEGI dipromosi dengan baik… tetapi setelah 3 bulan dipasarkan, jualannya
merundum. Ini kerana syarikat rakaman ANTARES MUZIK telah diistihar muflis. MAY
juga terkena bahangnya ekoran kejadian itu yang mana vokalisnya, Mus ingin
pulang semula ke pangkuan syarikat asal mereka WARNADA. Walaubagaimanapun
pemuzik MAY enggan berbuat demikian. Pemuzik MAY telah serik dengan WARNADA. Hal
ini telah membuat MUS, MANN, ABU dan YUS bertelagah. Apatah lagi MUS juga
menyuarakan supaya muzik mereka diubahsuai dengan elemen ‘funky’ dan
menghilangkan langsung identiti asas MAY - rentak HEAVY METAL.

Mus akhirnya keluar daripada MAY dan bertindak menubuh kumpulan baru STRANGERS
bersama syarikat WARNADA, manakala MAY terkontang-kanteng tanpa penyanyi,
Semangat pemuzik MAY tidak luntur. MANN, ABU dan YUS diperingkat awalnya ingin
membawa ALI (XPDC) yang ketika itu penyanyi TERRA ROSSA sebagai vokalis baru,
MAY, tetapi ALI menolak kerana beliau masih sayang dengan grupnya. Akhirnya
pencarian MAY terhenti apabila YANTZEN iaitu bekas penyanyi kumpulan HEAVY METAL
Singapura - RUSTY BLADE menawarkan diri sebagai vokalis baru MAY. MAY
kemudiannya telah menerima lamaran sebuah syarikat rakaman tempatan untuk
menaungi album baru mereka iautu SURIA REKOD. Setelah kontraks dimeterai dan
proses rakaman di King’s Studio selesai - maka album MAY ke 5 bersama vokalis
baru Yantzen dipasarkan pada akhir 1992. Walaupun angka jualannya tidak
setanding dengan jualan albem ketika MAY bersama Mus dahulu tetapi ia tetap
laris. 3 lagu balada dalam albem ZIET GEIST itu telah berjaya mencuri halwa
telinga pendengar. MENITI SURATAN - hasil ciptaan SAARI AMRI dan lirik oleh
Juwie adalah lagu hits utama mereka. 2 lagu balada lain iaitu RESAH dan RENDA
juga mampu meruntun perasaan. Malahan lagu RENDA ialah lagu pertama ciptaan M
NASIR khas untuk MAY. RENDA pernah menjadi Juara LPMI di Radio Ipoh. Lagu keras
MAY juga bertenaga dan untuk albem ini MAY membawa perubahan apabila 4 lagu
HEAVY METAL mereka adalah dalam bahasa Inggeris!!!!!! Yantzen mampu bertutur
bahasa inggeris dengan baik!! Lirik-lirik juga adalah hasil karya YANTZEN
sendiri. OBSESSION, VISION OF EMOTION, CAN’T STOP MAY FROM ROCK N ROLL dan
ATOMIC WAR merupakan lagu inggeris yang dimaksudkan.

Mac 1993, MAY
kembali berkampung di Studio untuk menyiapkan 1 albem gabungan antara vokalis
asal mereka MUS dan YANTZEN sambil muzik susunan baru oleh pemuzik MAY. Projek
ini tergendala apabila MUS tidak dapat turut serta berikutan kontraknya masih
dipegang oleh WARNADA sehingga 1996. Mus sepatutnya menyanyi semula beberapa
lagu dari albem ZIET GEIST manakala YANTZEN merakam kembali lagu-lagu lama MAY
& MUS. Walaubagaimanapun rakaman suara Yantzen dapat disiapkan cuma rakaman
itu terperap di Studio.

May 1993 telah menyaksikan anggota MAY telah
terjun ke dunia perfileman apabila menerima untuk berlakon dalam filem usahasama
antara syarikat NIZARMAN dan GRAND BRILLIANCE. Filem bertajuk PENYU ini diarah
oleh Z. LOKMAN manakala skrip oleh AZIZ M. OSMAN. Filem ini telah menjalani
proses penggambaran di TERENGGANU dan FILIFINA. Ia mengisahkan kehidupan 4 anak
muda (anggota MAY) yang mengusahakan sebuah chalet di Terengganu. Chalet
berkenaan dimiliki oleh Chal (R Jaafar). Konflik timbul apabila Chalet itu
menjadi rebutan sindiket pelacuran yang diketuai oleh Cappola (Jaafar Onn).
Filem ini siap sepenuhnya pada November 1993. Sementara itu, pada akhir 1993 -
Lagu MENITI SURATAN telah layak memasuki Muzik-Muzik- Separuh Akhir BALADA 1993
tetapi MAY tidak dapat membuat persembahan lalu menarik diri. Ini berikutan
YANTZEN baru sahaja selesai pembedahan mata dan oleh sebab faktor itu, MAY tidak
dapat menyertai acara itu. Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang MAY untuk
menyiapkan proses rakaman albem baru MAY yang dijadualkan serentak dengan
tayangan perdana filem PENYU.

Febuari 1994, albem MAY terbaru berjudul WIRA CYBORG dipasarkan. Lagu SUCI
adalah lagu hits utama bagi albem tersebut. Manakala 2 lagu ‘killer’ yang lain
bolehlah dianggap sebagai ‘filler’. Ini kerana kedua lagu berkenaan adalah
ciptaan MAY.. berlainan dengan album terdahulu, ketiga-ketiga lagu slow adalah
ciptaan komposer berlainan. Ini tidak bermakna pula lagu TIADA LAGI BERSERI dan
HASRAT, CINTA DAN TUHAN itu tidak sedap, cuma ia tidak segah album ZIET GEIST.
Walaubagaimanapun lirik bagi HASRAT, CINTA DAN TUHAN dihasilkan oleh ZUR’AIN
iaitu seorang penulis lirik terkemuka tanahair. Apa yang menarik tentang lagu
ini ialah di pertengahan lagu unsur heavy metal telah berjaya diserapkan.
Bagaimana pula lagu keras dalam albem ini?? Menarik!!!! 2 lagu inggeris yang ada
dalam albbem itu seperti dibawa oleh band ‘mat salleh’!!! EXORCISM dan STEEL
WARRIOR telah memperlihatkan kematangan skill anggota MAY : baik daripada segi
vokal, mahupun alat muzik. Begitu juga lagu lain seperti WIRA CYBORG, RATU
CINTA, HURU HARA, MADU BERACUN dan KAU INGAT KAU SIAPA walaupun lagu-lagu ini
adalah dalam bahasa melayu.. elemen inggeris tetap ada.

Ogos 1994,
kekecohan telah terjadi dalam MAY, apabila dalam satu pertunjukan pentas YUS
telah bergaduh dengan YANTZEN sehingga kedua-duanya bertumbuk. Insiden itu
terjadi kerana YUS tidak berpuas hati dengan pencapaian YANTZEN di setiap ’stage
show’. Vokal YANTZEN selalu ‘pancit’ terutama ketika menyanyi lagu ’slow’. Ini
menganggu kosentrasi YUS selaku pemuzik. Walaubagaimanapun pergaduhan itu
berjaya dileraikan oleh AZHAR iaitu promoter MAY. Selepas itu YUS dan YANTZEN
berdamai semula. Tetapi kisah mereka terus digembar-gemburkan oleh pihak media.
Timbullah kembali cerita MAY mencari vokalis baru dan ALI (XPDC) adalah
calonnya!!!! Oktober 1994, YANTZEN telah melangsungkan perkahwinan dengan
SHARIFAH HASLINDA dalam suasana kontroversi apabila YANTZEN mengupah ‘bodyguard’
untuk mengawal upacara pernikahan. November 1994, kontrak MAY dan SRC selama 2
tahun telah tamat. Maka pada akhir 1994, MAY telah menandatangani kontrak dengan
syarikat BMG MUSIC selama lima tahun. MAY terpikat dengan BMG MUSIC kerana
syarikat berkenaan menawarkan pelbagai ganjaran. Malah YANTZEN diberi peluang
membuat albem solo tanpa MAY.


Januari 1995, albem solo YANTZEN
dipasarkan. Albem bertajuk IMPIAN itu menampilkan konsep berlainan dengan muzik
MAY. Elemen reggae jelas terpancar dalam setiap lagu. Sementara YANTZEN sibuk
mempromosikan albem solonya itu, anggota MAY yang lain pula sibuk di studio bagi
menyiapkan albem baru mereka. April 1995, SRC - syarikat rakaman MAY sebelum
ini, telah memasarkan albem ‘baru’ MAY bertajuk LAYAR. Lagu-lagu yang terkandung
dalam LAYAR itu sebenarnya ialah lagu-lagu yang terperap dalam studio dahulu dan
beberapa lagu yang tidak termuat dalam albem ZIET GEIST dan WIRA CYBORG. LAYAR
dan MEMBANTAH KATA adalah 2 lagu tersebut. Manakala lagu lain adalah daripada
albem GABUNGAN yang tidak dapat disiapkan. Apa yang menarik tentang albem ini
ialah lagu SKETSA SEBUAH CINTA, KU DALAM DILEMA dan RACUN BERMADU dinyanyi
semula oleh YANTZEN dengan gubahan dan lirik berlainan.

Mei 1995, albem
baru MAY berjudul IDEOLOGI pula dikeluarkan oleh BMG Music. JANJI hasil ciptaan
HAMID adalah lagu hits utama bagi albem ini. Buat julung kalinya albem ini
menampilkan 4 lagu SLOW. Selain JANJI, IKHLAS, CINTA TERSIA dan TRAJIS IMPI juga
lagu sasaran utama. CINTA TERSIA dan TRAJIS IMPI dicipta oleh SAARI AMRI
manakala IKHLAS pula dicipta oleh SALMAN. Lagu Rancak juga menarik perhatian
khalayak. Lagu HUKUMAN CINTA, MAT GONJENG, CUMA-CUMA, GENOCIDES dan LETS GET
REAL

Sedang MAY giat mempromosi albem baru mereka itu, tiba-tiba 2
kejadian yang tidak diduga telah berlaku. Kejadian pertama ialah penarikan diri
AZHAR sebagai promoter konsert MAY. Beliau mengundurkan diri kerana melalui
pemehatiannya, MAY kini sudah tidak perlukan lagi khidmatnya. Kehadiran Yantzen
dalam MAY telah membuat AZHAR berkecil hati. Tugasnya sebagai pengurus band,
sering dipertikai oleh YANTZEN. Kejadian kedua pula ialah aoabila syarikat
rakaman lama MAY iaiu SURIA REKOD (SRC) memfailkan saman kepada MAY. Tindakan
saman itu ialah kerana albem IDEOLOGI mengguna pakai logo MAY yang sama dengan
albem LAYAR. SRC mengaku bahawa logo berkenaan adalah hak mlik mereka tanpa
pengeahuan MAY. Walaupun logo BURUNG HELANG itu sebenarnya dicipta oleh MAN api
dari segi hak, ernyata SRC lebih berhak keatas logo tersebut. Untuk mengetepikan
saman itu, MAY dan syarikat rakaman barunya - BMG sepakat menuka r logo yang
dipamir diatas albem IDEOLOGI kepada r ekaan logo baru. Kali ini re kaan logo
itu adalah dalam bentuk kubah berdasarkan kepada idea MAN. Kontroversi mengenai
penggunaan llogo berkenaan tamat sesudah itu.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞