Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KUMPULAN ROCK LAGENDA -WINGS

Posted by Crew Wwide Group Monday, May 31, 2010 3 ulasan
Sejarah penubuhan Kumpulan Wings bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situlah empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan yang mereka lakukan. Bermulalah kelahiran kumpulan Wings tetapi kumpulan ini masih belum mempunyai nama.

Anggota asal kumpulan Wings ialah Awie, Jojet, Jo, Syam.Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet telah berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri.

Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan 2 anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus kumpulan WINGS adalah Ali Bakar.

Pada ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti Wings sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanahair. Wings tampil dengan kelainan tersendiri dimana muzik yang dibawakan oleh mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.

Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu oleh penggubah terkenal seperti M. Nasir, J.S Kevin, perjudian pertama Wings di persada seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu-lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang `Belenggu Irama` ini.

Lagu-lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu-lagu Wings atas alasan lirik, lagu dan latar belakang Wings yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan. Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, Wings berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran, album ini dikatakan telah terjual lebih 60,000 unit.

Selepas itu, populariti Wings terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata para peminat amat terhibur dengan persembahan Wings yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.

Akan tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dimana Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar telah menarik diri dan kekosongan ini digantikan oleh Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu merupakan anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan Wings kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.

Berikut diceritakan secara ringkas sejarah angota kumpulan Wings. Joe pernah manganggotai kumpulan Scandals sebelum memasuki Wings. Black keluar dari Wings setelah album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli kumpulan Gersang. Beliau kembali menjadi pemain dram Wings pada tahun 1994 setelah Jojet pula keluar dari Wings.

Sejarah pertukaran penyanyi utama kumpulan Wings cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan salah satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan Wings di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. 2 tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama Wings dan album Orang Asing di hasilkan.

Walaubagaimana pun jodoh Mel dengan Wings tidak kekal berpanjangan. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari Wings dan Wings bernasib baik kerana tempat beliau diganti oleh Mus, bekas penyanyi utama kumpulan May yang seangkatan dengan Wings. Sebenarnya telah lama kedengaran ura-ura yang Mus akan memasuki kumpulan Wings. Sebab itulah setelah Mel dan Wings nyata tidak serasi, Mus segera menerima tawaran dari Wings untuk bersama 3 lagi anggota Wings meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanahair. Sebanyak 6 buah album termasuk satu album kompilasi sudah dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama Wings dan vokal Mus makin serasi dengan muzik Wings. Album terakhir Mus bersama Wings adalah Mr. Barbarik. Mus kemudian kembali ke kumpulan asalnya, May dan tempatnya digantikan semula oleh penyanyi asal Wings, Awie. Dengan penggabungan kembali Awie sebuah album telah terhasil, Naga Kramat. Kini Kumpulan Wings masih lagi diterima peminat-peminat yang merindukan zaman kegemilangan mereka.

Ironinya, walaupun Wings telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, terutama sekali apabila vokalis utama mereka Awie memgambil keputusan untuk menarik diri dan bergerak secara solo, namun Wings masih lagi mampu mempertahankan reputasi mereka dalam industri muzik rock tanah air. Mereka tidak cepat melatah untuk terus membubarkan kumpulan Wings, lantas mengambil inisiatif dengan menerbitkan album Wings & Superfriends 1 & 2, yang menggabungkan beberapa artis rock popular tanah air. Ini membuktikkan bagi mewujudkan sebuah kumpulan muzik, mereka tidak seharusnya bergantung kepada kredibiliti penyanyi semata-mata tetapi perlu mengambil inisiatif bagi memastikan Wings terus bertahan dan kekal sebagai salah sebuah kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia.

3 ulasan:

Anonymous said...

ini sejarah kumpulan wings,,time aku sekolah lagi dah kenal wings,,time tu awie ada jerawat lagi

Anonymous said...

aku membesar dgn muzik wings...lagu2 wings sentiasa dihati..
sebuah kumpulan rock yg mantap dari segala segi.

ROCK WORLD WORLDWIDE said...

sama la kita.hidup wings

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞

۞ Direktori ۞

۞ Referrer ۞