Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















Hanya kerana kaset album kumpulan Iklim

Posted by Crew Wednesday, June 23, 2010 0 ulasan

KUALA LUMPUR: Hanya kerana kaset album kumpulan Iklim digemarinya rosak dan gagal diganti baru oleh ibunya, seorang remaja lelaki kurang upaya (OKU) bertindak merajuk dan melarikan diri dari rumah.
Remaja terbabit Muhamad Irfan Rostam, 19, menghilangkan diri sejak tiga hari lalu apabila keluar dari rumahnya yang terletak di Batu 3 1/2, Gombak, di sini.
 Ibunya, Jamiah Munap, 36, berkata, kehilangan Irfan disedari neneknya ketika bangun daripada tidur untuk menyediakan persiapan jualan nasi lemak apabila melihat Irfan tiada di biliknya.
Jamiah yang bekerja sebagai ahli perniagaan dihubungi bapa mentuanya memaklumkan Irfan tiada di rumah sebelum dia dan suaminya, Rostam Mohd Nor, 41, bergegas ke sana.
Difahamkan, Irfan tinggal bersama neneknya sejak kecil memandangkan dia aktif dan memerlukan perhatian sepenuhnya, malah Jamiah dan suami yang bekerja sebagai pembantu stor perlu menyara empat lagi anaknya yang masih bersekolah.

“Selepas dihubungi, saya dan suami yang tinggal di Setapak, di sini terus ke rumah keluarga mentua. Bapa mentua memberitahu Irfan mengambil kunci rumah yang disimpan di bawah bantalnya sebelum membuka pintu dan menyimpan kunci itu di tempat sama.
“Dia keluar dan menutup pintu itu semula. Bapa mentua saya memberitahu dia langsung tidak tersedar kerana mungkin Irfan mengambil kunci itu secara perlahan-lahan,” katanya.

Menurutnya, dia dan suaminya ke beberapa tempat kegemaran Irfan untuk menjejakinya tetapi usahanya itu tidak menunjukkan sebarang hasil menyebabkan dia dan suaminya ke Balai Polis Setapak membuat laporan.

Jamiah berkata, Irfan adalah seorang anak yang suka menyanyi dan mendengar lagu kegemarannya, dipercayai merajuk kerana ‘kempunan’ kaset baru yang dimintanya pada petang Selasa lalu tidak diperoleh, sebelum Irfan bertindak keluar dari rumah.
 “Dia ada memberitahu saya supaya membelikannya kaset baru tetapi puas kami mencari kaset lagu yang diminatinya itu tetapi tidak jumpa. Kini, semuanya dalam bentuk cakera padat (CD) saja. Disebabkan masalah kewangan, kami memintanya supaya bersabar dan akan membelinya pemain CD dan lagu kegemarannya itu dalam masa terdekat,” katanya.

Orang ramai yang mengetahui di mana Irfan berada boleh menghubungi talian 019-3049655 atau balai polis berhampiran..

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞