Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KUMPULAN ROCK LAGENDA -BLUES GANG

Posted by Crew Wwide Group Thursday, January 6, 2011 0 ulasan

Kumpulan Blues Gang merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Blues Gang merupakan sebuah kumpulan penyanyi Malaysia yang mengenengahkan irama 'blues dan rock' yang segar dengan memasukkan unsur-unsur Malaysia seperti lagu Apo Nak Di Kato yang menggunakan bahasa loghat Negeri Sembilan. Pernah muncul di layar perak di dalam filem kontroversi arahan pengarah Nasir Jani, Kembara Seniman Jalanan lebih kurang dua puluh tahun yang lalu. Kumpulan Blues Gang telah berpecah namun ahli-ahlinya masih lagi aktif di kelab-kelab malam di sekitar ibukota.

Kemunculan awal Blues Gang adalah kesinambungan atau lanjutan daripada muzik pop yeh yeh yang gah pertengahan tahun 1960-an dan awal 1970-an. Pop yeh yeh adalah istilah tempatan kerana ia muzik rock n roll atau dalam erti kata lain aliran blues versi orang kulit putih kerana muzik rock n roll dan blues mempunyai ciri hampir sama.

“Sejarah Blues Gang bermula awal tahun 70-an. Diberi nama Blues Gang sebab masa itu kami dipanggil budak-budak blues. Kami kerap bermain muzik blues. Makan blues, minum blues, tidur blues...jadi muzik blues memang mempengaruhi kami.

“Pada mulanya tidak ada pun nama Blues Gang. Kami tidak ada nama. Bila orang tanya, kamu dari kumpulan apa? Kita jawab tidak ada nama. Cuma kata, kami ni ‘blues gang’ atau geng kumpulan blues sebab selalu main muzik blues. Sejak itulah, nama Blues Gang dikenali sampai sekarang.

“Pendek kata, Blues Gang tu maknanya kumpulan Blues sebab kami selalu memainkan muzik blues,” Ito Mohamed, menyingkap sejarah Blues Gang.


Menurutnya, corak persembahan muzik Blues Gang banyak dipengaruhi pemuzik lagenda seperti James Gregory, selain BB King, Ray Charles dan Louis Amstrong.

Tambah Ito lagi, selepas dia memperoleh Diploma Chartered of Transport Institute dari Institut Teknologi Mara pada 1973, dia terus menjadikan muzik sebagai kerjaya sepenuh masa sehingga sekarang.

“Orang pun hairan kenapa saya main muzik. Saya pun tak tau. Tapi masa itu mana ada pekerjaan yang sesuai dalam bidang pengangkutan,” katanya.

Selain Ito yang menjadi penyanyi utama dan bermain harp, anggota awal Blues Gang ialah Mat Dollah yang bermain gitar utama, Jim Madasamy (bass) dan Shaikh Abdul Karim Shaikh Ahmad (Karim) sebagai pemain dram selain menjadi penyanyi kedua kumpulan ini.

Apabila Mat Dollah berhijrah ke Australia, tempatnya digantikan Julian Mokhtar, kemudian masuk pula seorang anggota baru, Ghani Talib untuk bermain keyboard. Selepas bermain muzik berteraskan blues beberapa tahun, mereka muncul dengan album pertamanya, album Inggeris bertajuk Anytime Any Day pada 1978.

“Konsep muzik blues masa itu memang benar berbeza dari kumpulan lain yang kebanyakannya tampil dengan muzik disko seperti kumpulan Carefree dan Discovery,” jelas Ito lagi.

Setahun kemudian, Blues Gang muncul dengan album Melayu pertamanya berjudul Ibu dan pada 1980, mereka tampil dengan album ‘Cinta Oh Cinta’.

“Saya suka lagu Cinta Oh Cinta. Ia antara lagu masterpiece Blues Gang, kerana lagu itu sebenarnya bertemakan ketuhanan...cinta pada Yang Maha Besar. Tapi lagu Khatulistiwa juga besar maknanya. Ia lagu yang masih relevan dengan suasana sekarang mengenai kemajuan, perpaduan, keharmonian dan pemikiran orang kita,” katanya.


1.blues gang-apo nak dikato
2.blues gang-bukan senang jadi senang
3.blues gang-ibu
4.blues gang-khatulistiwa
5.blues gang-ku tetap menanti
6.blues gang-naik turun
7.blues gang-oh mama saya mahu kahwin
8.blues gang-peristiwa semalam
9.blues gang-sakit gigi

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞

۞ Direktori ۞

۞ Referrer ۞