Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















KUMPULAN ROCK LAGENDA SWEET CHARITY

Posted by Crew Thursday, January 6, 2011 0 ulasan

Sweet Charity


Kumpulan Sweet Charity sebuah kugiran yang mula ditubuhkan di Singapura pada tahun 1967 oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal), Joe Salim(Gitar),Wahid Warren(Bass), Rahman Sarbani (Drum)

Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura! Kebanyakkan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanahair. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak dirantau sini ketika itu. Menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip.Sweet Charity juga terkenal dengan road show mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star. Walaupun membawa imej rock ala Deep Purple tetapi mereka amat kuat berpegang pada agama Islam, pernah terjadi di satu show di Ipoh , seorang promoter konsert telah menyuruh seorang budak menghantarkan arak sebagai hadiah dari promoter, tetapi alangkah terkejutnya budak itu kerana didapati ahli kumpulan Sweet Charity sedang solat @ sembahyang berjemaah sebelum konsert bermula.

Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama,Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charty dan menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun. Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity,sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun,yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1995,mereka telah melakukan 'reunion' dan bersama atas nama Sweet Charity dan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, KL. Tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat, Jangan Tunggu Lama, Zakiah.

KALI terakhir kumpulan Sweet Charity mengadakan persembahan bersama pada Konsert Sejuta Wajah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 1996 lalu yang berjaya menghimpunkan lebih 10,000 peminat kumpulan legenda rock nusantara itu.

Dua belas tahun berlalu, kini kumpulan yang ditubuhkan pada 1969 itu sekali lagi bergabung tenaga menjayakan Konsert Hari Bapa Bersama Sweet Charity khusus untuk peminat di Malaysia. Persembahan yang dianggap reunion itu akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 14 Jun ini, jam 8.30 malam dan 15 Jun, jam 3 petang.

Biarpun rata-rata anggotanya sudah berusia lebih 50 tahun dan ada yang bergelar ‘datuk’, namun stamina yang dimiliki mereka tidak wajar dipertikaikan. Malah vokalis utamanya, Ramli Sarip masih dikagumi ramai sesuai dengan gelaran Papa Rock yang dianugerahkan padanya.

Selain Ramli Sarip, Sweet Charity juga dianggotai Rahman Sarbani (dram), Rosli Dollah (gitar), Sarwanie Ahmad (gitar), Masron Abdul Hamid (keyboard) dan Ahmad Jaffar Jawahir (keyboard/vokalis kedua). Sementara seorang lagi anggotanya, Syed Hassan Al-Attas (bass) sudah meninggal dunia.

Kata Ramli, konsert yang bakal diadakan ini lebih dianggap sebagai penghargaan kepada peminat dan majlis silaturahim untuk bertanya khabar selepas sekian lama tidak bertemu mata.

“Apabila saya mengadakan persembahan secara solo, ramai meminta lagu yang dipopularkan sewaktu bersama Sweet Charity. Ini menunjukkan penangan kumpulan ini masih segar di ingatan peminat tanpa mengira usia.

“Sejujurnya ada sesetengah lagu perlu dibawakan secara berkumpulan untuk mendapatkan mood yang betul dan tidak sesuai secara solo. Jadi konsert ini dianggap platform terbaik untuk mengimbau semula kenangan bersama Sweet Charity.

“Bagi saya, konsert ini bukan setakat nostalgia untuk dikenang, tetapi lebih kepada persembahan untuk beri ingatan kepada mereka yang setia bersama kami yang kini bukan sekadar bergelar bapa, tetapi ada yang menjadi datuk,” katanya ketika sidang media di Mawar Lounge, PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Meskipun sudah lama tidak beraksi bersama, kekuatan kumpulan lagenda ini tidak wajar dipertikaikan kerana kebanyakan mereka masih aktif bermain muzik secara solo. Gabungan mereka kali ini bakal mengembalikan semula nostalgia zaman kegemilangan kumpulan itu.

Walaupun terkenal dengan lagu berentak rock sesuai gelaran yang diberikan, pelopor muzik rock tanah air, Sweet Charity tidak pernah melupakan nilai tradisional. Malah terbukti jelas, lagu yang dinyanyikan kumpulan ini banyak berkonsepkan muzik Melayu dan lirik positif yang sangat puitis.

1.ramli sarip-Bukan Kerana Nama
2.sweet charity - sejuta wajah
3.sweet charity-batu
4.Sweet Charity-Hilang Gelap Terbitlah Terang
5.sweet charity-jangan tunggu lama-lama
6.sweet charity-jikalau berkasih
7.sweet charity-kau yang satu
8.sweet charity-panah beracun
9.sweet charity-pelarian

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞