Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















KUMPULAN ROCK LAGENDA - HEAVY DUTY

Posted by Crew Monday, February 14, 2011 1 ulasan
Heavy Duty - dulu ,kini dan selamanya
Ini lah anggota asal kumpulan HEAVY DUTY dari miri sarawak.yang duduk terkangkang tu  BRO JD a.k.a. Benjamin S (sometnya!!), yang bertenggek tu vokalis Doha a.k.a. AHOD (selalu datang lambat time praktis, kadang-kadang terus tak datang, ini yang membuatkan member lain semua panas hati.hahahh.!!), yang tengah pegang buku hutang tu pulak nama nya Keria, lead gitaris (bila masuk kumpulan VAGRANT telah menukar nama ke KIYA sebab nama KERIA macam nama kampung hulu pendalaman(hehhee..hehe)yang duduk atas speaker tul nama nya Dol, pemain dram (degilnya na'uzubillah).tak tahu degil apa rasa nya? mungkin selalu tak dengar kata dari boss agak nya.(ikut kepala dia je nak ketuk dram,ya la sebab dia paling muda dalam heavy duty ini).dan yang terakhir sekali yang tengah tonggek tu adalah gitaris/ ketua darjah juga..

Sekitar tahun 1988, Jubli Perak Sarawak . First time perform di Kuching dan last time KERIA a.k.a KIYA main ngan Heavy Duty sebelum nya main dengan Vagrant. Susah juga nak bergelarkan Rockers ini, seluar MESTI nak fit seketat2 nya, ambil masa 20 minit untuk pakai seluar je(bukan jenis kain yang stretch ya). Dari kiri: Keria, Dol, Doha, aku (Mie) and of course JD a.k.a Benjamin S (kerana CUTEnya. (Last-last member macam dah tak boleh tahan,semua nya tunggah Benjamin S).

Foto ini di ambik selepas perform di Padang Central Kuching (macam Dataran Merdeka) semasa sambutan Jubli Perak Sarawak merdeka dalam Malaysia. tak dapat dilupa  pengalaman pada malam tu. Dahlah padang ya penuh ngan penonton, masa nama Heavy Duty di announce, kenak boo lagik ya, malunya, nak letak muka,tak tahu kat mana, bila bunyi gitar masuk-masuk sebab begegar (nervous) kena lagi boo. Yang magicnya, bila habis lagu pertama (Aces High dari Iron Maiden), seluruh penonton menjadi sunyi sepi.....(terpegun agaknya. heheh,) tak sangka agaknya budak  dari Miri boleh perform live.

Anggota terbaru  Keria a.k.a. Kiya tinggalkan Heavy Duty untuk tubuh kumpulan Vagrant. masih seluar fit2 lagi, Dari kiri, JD a.k.a. Benjamin S (sebab  masih comel lagi), Doha, aku (Mie), Mok (pengganti Keria as lead guitaris) dan Dol pemain dram. foto di ambik masa di Pantai Lumut Seria, Brunei.


foto latest Heavy Duty (ada junior gik ya...) di ambik masa anak Doha yang sulong (Aishah) kawin pada 30hb November 2008 . Dari kiri, Mok (masih Simpan rambut panjang), Dol (rambut dah lokot, janggut makin panjang), Doha (uban kin banyak dah), aku (Mie) (rambut dah pendek, mata dah rabun, badan kin kembang hehehe) and of course JD (TETAP comel macam dulu lagik...) boleh ditunggah Benjamin S lagik ya..). Seluar fit dah fit2 dah tak pakai lagi (dah tua2).

Walaupun Doha  berhak di anugerah title "Nek Ahod", semua masih ada minat nak main muzik cuma masa je selalu tak cun nak berjumpa & jamming di studio, maklumlah, kapten di Sarikei . Insyaallah, kalau di izinkan & dan masih ada umur, next year 2009 Heavy Duty probably akan ngeluar EP (mun cukup material/modal/etc). baru boleh dikata orang...ROCK NEVER DIE 

(pesanan: rock2 juga sembahyang jangan lupa)
(rock sampai tua yeahhhhhhhh)

1 ulasan:

James tolean said...

Salam....
Aku minat ngan band2 local ni cam VAGRANT aku masih gik nyimpan kaset ketiga tiga album sidak nya.knek tok KIYA apa crita ow?apa pun hidup HEAVY DUTY

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞