Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















Kesinambungan Perkembangan Muzik Rock Malaysia 2009 - 2011

Posted by Crew Friday, February 18, 2011 0 ulasan
Pada tahun 1997, muzik rock yang dirasakan semakin malap kembali ceria apabila band rock yang low profile tetapi memperjuangkan irama keras (heavy metal) XPDC keluar dengan album Brutal. Album tersebut telah mengundang kontroversi kerana dihasilkan tanpa persefahaman di antara anggota XPDC itu sendiri kerana di ambang perpecahan. Nama XPDC meningkat naik pada tahun tersebut dan menerima bermacam-macam gelaran seperti Raja Fun Fair, Band Heavy Metal No. 1 Malaysia, Metallica Malaysia dan sebagainya.. XPDC

telah berjaya mencipta zaman mereka yang tersendiri di mana imej berpakaian serba hitam popular pada ketika itu. Pada masa ni muzik heavy metal yang popular pada penghujung tahun 80-an kembali popular tetapi berlainan sedikit di mana lagu 60-an telah dimetalkan popular apabila lagu Hidup Bersama yang dimetalkan oleh XPDC di dalam album Brutal. Menariknya, album tersebut telah dijual lebih 300,000 unit walaupun pada masa tersebut dunia dilanda kegawatan ekonomi.  Syarikat rakaman telah berlumba-lumba menghasilkan album metal 60-an. Search sendiri terkena tempias demam metal 60-an apabila merakamkan lagu Suratku Untukmu di dalam album Double Trouble II dan May dengan album Keras. Wings pula seakan beralih arah kepada irama heavy metal melalui album Mr. Berbarik. Pada masa sekarang pula Kumpulan Kristal sering menghasilkan album metal 60-an kerana dapat menghasilkan keuntungan yang singkat disebabkan pasaran muzik yang lembab.

Tahun 2004 pula merupakan zaman reunion apabila kumpulan Search melakukan reunion. Di antara kumpulan rock yang telah melakukan reunion selain Search ialah Wings, Rusty Blade, May, Lefthanded, XPDC, Bloodshed, Melissa, Junction, Dinamik dan lain-lain.

Pada tahun 2005 pula muzik rock kita kembali apabila semakin ramai band rock reunion tetapi band pop rock dari Indonesia seperti Peterpan, Samson, Radja, Dewa 19 dan sebagainya cuba menguasai pasaran. Keadaan ini mengundang keadaan kurang selesa kepada artis tempatan apabila mereka merasakan diri telah dianaktirikan. Beberapa artis tempatan telah memberi cadangan kepada kerajaan supaya mengenakan kauta ke atas siaran lagu Indonesia di stesen radio tempatan.
 
2007 hingga sekarang (2009) – Band2 indie (independent) telah menguasai pasaran muzik tempatan. Sebenarnya band2 indie telah pun wujud di pasaran muzik Malaysia pada pertengahan tahun 1990-an. Pada masa tersebut lahirlah band seperti OAG, Butterfingers, Saturnine dan sebagainya tetapi mereka lebih kepada merakam album di dalam bahasa Inglish. Sekarang peminat muzik rock tempatan telah beralih arah kepada band2 indie tempatan setelah ‘dibuai mimpi’ sekejap dengan band2 Indonesia. Maka wujudlah band2 indie seperti Estranged (Juara Lagu 2007), Meet Uncle Hussein (Juara Lagu 2008), Bunkface (band ni seperti meniru gaya nyanyian band Meet Uncle Hussein), Hujan (hujan pun boleh jadi nama band), Pesawat, Grey Sky Morning, Coco dan sebagainya.. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.. Keadaan ini merupakan situasi yang sangat baik sebenarnya dimana kita kembali memeriahkan dan sekaligus memartabatkan kembali industri muzik rock tempatan. Apapun genre yang diperjuangkan, yang penting berteraskan rock.. Rock Never Die!

Bila2 difikirkan balik, muzik itu ibarat roda yang berputar.. Sama juga halnya dengan imej rock. Sekarang imej berseluar ketat yang popular pada akhir tahun 80-an & awal tahun 90-an kembali popular. Vokalist band leleh New Boyz iaitu Tomok pun turut berimej seluar ketat..
Akhir sekali, rock sampai bila2.. Hidup Muzik Rock Untuk Negara!!! Rambut aku panjang, dia kata jembalang.. Seluar aku ketat, seluar dia bell-bottom.. Itu ku punya pasal, sikit aku tak sesal…!! <-- Ntahapaapantah - XPDC

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞