Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















Perkembangan Muzik Rock Malaysia Sehingga 2009 -2011

Posted by Crew Friday, February 18, 2011 0 ulasan
Mungkin ramai yang dah baca artikel seperti ni.. Setiap orang ada pendapatnya yang tersendiri berkenaan sejarah ataupun perkembangan muzik rock di Malaysia. Di sini gua paparkan tentang info tersebut.. Cuma gua ubah sedikit mana yang difikirkan perlu melalui pengalaman gua sepanjang hidup dan dibesarkan di dalam muzik rock. Tujuannya adalah supaya muzik rock Malaysia sentiasa dihargai dan kita seharusnya belajar daripada sejarah.. Benarlah kata orang yang kita akan meminati sesuatu muzik pada zaman kita dibesarkan.. Pada pendapat gualah, muzik rock tu sebenarnya telah pun wujud pada tahun 60-an di Malaysia. Irama pop yeh yeh popular pada masa tu. Sebenarnya irama pop yeh yeh tu pun boleh dikategorikan sebagai muzik rock kerana menggunakan alat muzik seperti gitar, bass gitar & dram. Bila2 dikaji balik, irama rock tu telah pun wujud pada zaman P. Ramlee lagi..

Sejarah Muzik Rock Di Malaysia

Sejarah muzik aliran rock bermula di Malaysia adalah di sekitar 1978 - 1982. Dikenali dengan panggilan rock kapak. Ia merupakan era zaman rock yang berada dalam generasi pertama ataupun pencetus muzik rock. Muzik rock pada masa ini tidak terlalu keras dari segi irama dan liriknya penuh puitis. Di antara group2 yang mempelopori era ini adalah seperti Flybaits, Kembara, Carefree, Sweet September, Heavy Machine, Brain Connection dan banyak lagi.
1983 - 1993, zaman ini bolehlah dikatakan era muzik rock generasi kedua. Bermula dari Singapura, dengan group seperti Rusty Blade, Helter Skelter dan Sweet Charity, maka menularlah muzik rock ini ke selatan tanahair iaitu Johor. Di era inilah tercetusnya revolusi rock atau dipanggil era emas muzik rock di Malaysia. Daripada penubuhan kumpulan Search pada tahun 1981 sebagai pelopor muzik rock yang agak keras jika dibandingkan dengan era generasi pertama, maka muncullah beratus2 kumpulan rock di seluruh pelosok Malaysia. Diibaratkan hampir setiap hari pasti ada satu kumpulan rock yang akan menjual album di pasaran. Segala²nya berubah wajah, dari segi penampilan, peribadi hinggalah kepada pertuturan. Dari segi lirik lagu pula, lagu yang menjadi hits sudah tentu berkisarkan pada cinta, tetapi, rata², mereka juga banyak melahirkan bait² lirik tentang pergolakan yang berlaku di dunia serta perjuangan mereka dalam bidang seni. Cukup menarik jika didengari. Di zaman ini juga lahir beberapa pertandingan sehingga ke peringkat kebangsaan untuk penggemar muzik rock, khusus untuk kumpulan² ini menunjukkan kehebatan serta bakat masing². Di antaranya Juara Rock 1 & 2, Battle Of The Band 1 & 2, Clash Of The Band 1, 2 & 3, War Rock 1, 2, 3 & 4, Festival Rock, Hikayat Rock, Kumpulan Muzik Tenggara, Pancakara Di Cakarawala, Batu Batu Perjuangan, Rock Galactica, Hiburan Kingsway dan banyak lagi. Dengan adanya beberapa pertandingan ini juga telah menggalakkan lebih banyak kumpulan rock ditubuhkan. Imej rock agak tercalar seketika ketika kejadian amuk di Pesta Nibong Tebal, Pulau Pinang semasa pertandingan Battle Of The Bands 1 dan juga beberapa insiden yang berlaku di tapak² hiburan di seluruh tanahair. Rasanya tidak perlu disebutkan antara kumpulan² yang begitu gah di persada seni ketika era emas ini. Antaranya ialah Search, Wings, Lefhanded, BPR, May, Rusty Blade, Crossfire, Junction, Desire dan banyak lagi. Kegemilangan di zaman emas ini terus berkembang sehingga ke negara² jiran terutamanya Singapura dan Indonesia. Rockers² dari Singapura tidak kurang hebatnya dengan rata² mereka lebih gemar membawakan rentak metal dalam album mereka. Muda mudi di Indonesia juga begitu fanatik dengan muzik rock dari Malaysia sehingga artis² Indonesia sendiri tidak mampu untuk bertapak di sana. Tanyalah...siapa Search? Wings? May? Iklim? dan beberapa kumpulan lagi yang mencipta nama di Indonesia. Pasti mereka mengenalinya
sehingga hari ini. Sebaliknya, muncullah pemuzik rock
 Indonesiayang meniru aliran rock dari Malaysia.
 Kerana kegilaan rock di zaman ini telah mengundang segelintir pandangan² negatif dari pelbagai pihak, sehingga ke peringkat Kabinet. 1988, RTM mengharamkan rockers yang berambut panjang dan penampilan yang tidak kemas dari muncul di kaca TV dan juga lagu² mereka di gam dari disiarkan di Radio. RTM juga mensyaratkan supaya nama² kumpulan yang menggunakan bahasa inggeris agar ditukarkan kepada melayu. Semangat mereka tetap utuh. Satu²nya stesen swasta ketika itu adalah TV3. Mereka tidak terikat dengan syarat² RTM.Ianya tidak melunturkan rockers di era emas ini dari menghasilkan album kerana TV3 terus memberi sokongan. Pertandingan Juara Lagu juga banyak dipelopori oleh muzik rock. Lama kelamaan, rockers² ini tidak mampu untuk bertahan disebabkan tekanan terlalu hebat dari pihak kerajaan. Begitu juga dengan cetak rompak yang mula bertapak dalam bidang hiburan. Beransur², muzik rock era emas ini semakin lenyap sehinggalah di penghujung 1993.

Selepas 1993, muzik rock di zaman ini dikenali sebagai generasi ke tiga. Iramanya lebih lembut dan mendayu atau dipanggil balada. Penampilan mereka lebih kemas dan berambut pendek. Kebanyakan mereka melakukan demikian adalah untuk mengikut syarat² yang dikenakan ke atas mereka. Namun begitu, kegilaannya tidak seperti di zaman emas rock. Antara kumpulan yang muncul di zaman ini adalah seperti Ukays, AXL'S, Spears, Spoon, Screen, Scorr, Scoin, Data dan sebagainya. Walaupun generasi ini cuba untuk menaikkan semula industri rock, namun kemunculan mereka tidak dapat diterima para pendengar di zaman era emas rock kerana penampilan dan gaya. Maka terbentuklah generasi baru dari generasi ketiga yang menggemari irama balada ini. Lagipun, pada masa itu, genre muzik lain telah banyak memasuki pasaran tanahair dan ramai rockers telah beralih ke muzik underground.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞