Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















All American Rejects bersatu kerana lagu

Posted by Crew Friday, March 11, 2011 0 ulasan
KUMPULAN yang berasal daripada Stillwater Oklahoma, All American Rejects percaya hanya menerusi lagu sahaja semua orang di dunia ini dapat bersatu. Perbezaan budaya, bahasa, fahaman, pandangan dan warna kulit dapat diketepikan untuk memahami muzik sejagat.
Kumpulan ini terdiri daripada Tyson Ritter selaku vokalis dan gitar bass, Nick Kennerty (gitar rhythm), Nick Wheeler (gitar utama) dan Chris Gaylor (drummer) yang merasakan sudah tiba masanya penggiat seni memperbanyakkan lagu ke arah penyatuan.
Banyak peperangan, perselisihan faham dan kemusnahan yang berlaku masa kini disebabkan kepentingan peribadi sesetengah pihak. Sindiran dan kemarahan itu boleh disampaikan seseorang artis melalui lagu mereka.
"Untuk menjadi popular atau dikenali ramai memang senang tetapi ia bukan faktor kami berada di sini. Kita berlainan warna kulit, bahasa dan agama tetapi boleh bersatu menerusi lagu," kata Chris dalam pertemuan di Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Oleh itu, pendekatan muzik mereka pada album ketiga bakal dibincangkan pada tahun depan lebih terarah kepada karya berbentuk keharmonian sejagat.
Walaupun terlalu awal untuk dibicarakan tetapi tidak salah sekiranya mereka mencuba sesuatu kelainan dengan mengekalkan genre kumpulan itu iaitu rock dan rock moden.
Kumpulan ini hadir buat kali kedua ke Malaysia bagi menjayakan konsert sulungnya anjuran DiGi Music Live yang berlangsung di perkarangan letak kereta A, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kejayaan buat kumpulan itu apabila mengumpulkan kira-kira 15,000 penonton dalam suasana yang sangat memberangsangkan. Persembahan dimulakan kira-kira pukul 6 petang oleh kumpulan Disagree yang membawakan enam lagu dan masing-masing empat lagi daripada One Buck Short dan Pop Shuvit.
Walaupun kemunculan mereka sekitar pukul 10 malam, pentas hangat apabila kumpulan itu menyampaikan lagu popular Move Along diikuti Fallin' Apart, Dirty Little Secret, Swing Swing dan My Paper Heart.
Penonton semakin agresif apabila kumpulan itu menyanyikan lagu I Wanna yang menjadi siulan anak remaja masa kini diikuti Mona Lisa, Real World, Toad In "T" Minor, It Ends Tonight, Damn Girl, The Last Song dan The Wind Blows. Persembahan diakhiri oleh lagu pertama yang memperkenalkan mereka Gives You Hell yang memberi seribu satu kenangan buat penonton konsert di situ.
All American Rejects sepatutnya membuat persembahan konsert berkenaan pada 10 Oktober lalu tetapi terpaksa menundanya kerana Tyson terlibat dalam satu kemalangan sehingga menyebabkannya menjalani pembedahan di kaki kanannya. Doktor menasihatkannya agar berehat dan diberi cuti seminggu.
Kali pertama kumpulan tersebut datang ke Malaysia untuk menjayakan MTV World Stage Live In Malaysia di Sunway Surf Beach
MENAKJUBKAN.(dari kiri) Nick, Mike, Tyson dan Chris pernah mengadakan konsert sulungnya di Malaysia dulu.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞