Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















Konsert Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan

Posted by Crew Saturday, March 5, 2011 0 ulasan
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Setelah 25 tahun penglibatan Wings dalam industri muzik tanah air, buat julung kalinya kumpulan rock itu akan mengadakan konsert bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Panggung Sari, Istana Budaya pada 29 April ini.
Konsert Wings Opera Hidup adalah anjuran bersama Bombbay Worldwide dan Anggerik Event Sdn. Bhd., dengan kerjasama Istana Budaya dijadualkan berlangsung selama tiga hari dan berakhir pada 1 Mei.
Menurut Pengarah Urusan Bombbay Worldwide, Zamberi Shaari atau lebih dikenali sebagai Bombbay, konsert tersebut akan diiringi 43 pemuzik bersama 16 orang penyanyi koir.
"Konsert ini hanya sekali. Tidak akan ada lagi pada masa akan datang kerana buat pertama kalinya, sebuah kumpulan rock diberi peluang mengadakan konsert di Istana Budaya.
"Selain itu, konsert ini merupakan hadiah kepada para peminat muzik rock amnya dan peminat setia Wings amnya yang tidak pernah jenuh memberi sokongan kepada Wings.
"Konsert ini juga sebagai satu penghargaan kepada Wings yang meraikan ulang tahun ke-25 mereka sebagai kumpulan rock terkenal tanah air," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Bagaimanapun katanya, buat masa ini konsert berkenaan masih belum ada penaja utama dan pihaknya sedang dalam peringkat perbincangan dengan sebuah syarikat telekomunikasi.
"Nasihat saya, bagi mereka yang ingin menyaksikan konsert ini, bolehlah membuat tempahan tiket segera kerana tempat duduknya terhad dan hanya untuk 7,000 penonton pertama," katanya.
Tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245 dan RM305 boleh didapati di www.ticket2u.biz.
Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Budaya (IB), Mohamed Juhari Shaarani berkata, Wings diberi peluang untuk mengadakan konsert di IB kerana proposal mereka yang menarik.
"Ketika mereka mengemukakan proposal kepada pihak IB awal tahun lepas, kita dapati ia amat menarik, mempunyai kelainan dan amat eksklusif kerana kita tahu, Wings ada pengikut setia.
"Lagipun, selama ini, tidak pernah ada satu pun kumpulan rock yang diberi peluang untuk mengadakan konsert di IB dan Wings adalah yang pertama," katanya.
Beliau berkata, eksklusifnya konsert itu, selain daripada diiringi OSK secara live dan koir dari Permata Seni naungan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, ia akan menampilkan tiga vokalis Wings iaitu Awie, Mus dan Mel.
Jelasnya, konsert berkonsep era tiga vokalis Wings akan memberikan kejutan kepada peminat kerana imej yang ditampilkan nanti, bukan imej rock 100 peratus.
Katanya lagi, pihaknya percaya Konsert Wings Opera Hidup mampu mencapai jualan tiket RM700,000

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞