Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















Kumpulan Barongan tidak mahu dipuja

Posted by Crew Saturday, March 5, 2011 0 ulasan
MEREKA bukan dalam golongan lelaki yang dianggap kacak, berkulit putih kuning, bermisai nipis dan rambut bersikat rapi ala-ala pelakon Bollywood.
Dan atas kekurangan itu kumpulan Barongan menerima hakikat bahawa keadaan fizikal tidak memungkinkan menjadikan mereka insan yang digilai.
Barongan merupakan sebuah kumpulan muzik heavy rock yang dianggotai pemuzik dan penyanyi berpengalaman. Sebagai kumpulan muzik yang didukung oleh pemuzik dan penyanyi berpengalaman, mereka tidak meletakkan usia dan rupa paras sebagai aset untuk meraih populariti.
``Kami mungkin tidak memiliki rupa paras untuk digilai oleh peminat remaja.
``Usia kami juga mungkin tidak memihak untuk meraih simpati atau menagih cinta mereka. Kerana itu bukanlah tujuan kami dalam berkarya.
``Tapi tujuan kami menceburi diri dalam industri muzik ini adalah semata-mata untuk memberi pilihan kepada penggemar muzik di atas hasil karya kami.
``Kami tidak kisah kalau tidak dipuja, tapi kami akan berasa bimbang jika bakat dan pengalaman yang kami miliki sejak bertahun-tahun berkecimpung dalam industri muzik gagal memberikan kepuasan yang setimpal kepada golongan pendengar,'' kata Zam Stone, pemain gitar utama kumpulan berkenaan.
Sebetulnya, meskipun Barongan baru sahaja dikenali melalui album pertama berjudul A.S.A.L di mana berjaya mencuri perhatian melalui lagu Liya Juita tapi pembabitan mereka dalam dunia rakaman bukan baru.
Zam Stone misalnya, semasa di usia remaja pernah terbabit dalam dunia rakaman ketika menganggotai kumpulan Mercury, mengiringi UG14, Lefthanded (melalui album Syurga & Neraka), Ramli Sarip, Hattan dan ramai lagi.
Dia juga banyak menerbitkan album artis tempatan selaku penerbit dan sebelum menubuhkan kumpulan Barongan, dia berserta pemain bes iaitu Aub merupakan tulang belakang kepada kumpulan Amuk sebelum ini.
Aub juga sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Burnmark pada awal 80-an.
Selain itu Aub bersilih ganti bertukar kumpulan sewaktu remajanya seperti Anak Adam, Baba, Amuk, Mantera, Lefthanded dan mengiringi artis-artis tanah air.
``Melalui pengalaman-pengalaman itulah, saya melihat seakan-akan ada ruang buat kami untuk menghasilkan sesuatu yang berlainan dalam karya kami. Melalui pengalaman, kami mahu mewujudkan satu identiti kumpulan sebagaimana yang terdapat dalam album Barongan,'' kata Aub, si pemilik rambut keriting kasar mengurai ini.
Meskipun album itu telah menerima impak yang memberangsangkan daripada penggemar muzik, malangnya penyanyi utama kumpulan, D'Mee berhasrat mengundurkan diri.
``Memang sebagai artis, kami sentiasa menerima cabaran-cabaran yang kadangkala meruntun hati kami.
``Antara lain, masalah cetak rompak, ditipu promoter kerana tidak menjelaskan bayaran selepas mengadakan persembahan dan sebagainya.
``Itu merupakan asam garam yang harus ditempuhi apabila bergelar artis. Manakala mengenai hasrat penyanyi mengundurkan diri, kami akur dan memberikan kebebasan untuk D'Mee membuat pilihan,'' kata Aub lagi.
Rezeki berpihak kepada mereka, nampaknya tidak sesukar mana mencari pengganti vokalis yang pergi.
Pertemuan dengan Sham, juga seorang penyanyi yang berpengalaman di pentas persembahan memberikan mereka keyakinan untuk bergerak dalam satu kumpulan.
``Kami merasakan asakan vokalnya ada keunikannya yang tersendiri dan amat bersesuaian dengan muzik kami kerana itu kami memilihnya,'' tambah Zam Stone lagi.
Pemilihan Sham dirasakan amat tepat memandangkan dia juga merupakan penyanyi yang berpengalaman di mana menganggotai kumpulan Crayon, Wali Tujuh dan berpengalaman luas dalam membuat persembahan di kelab malam.
Barongan dijangka mula memasuki studio rakaman album keduanya dalam masa terdekat ini. Jika tidak ada aral melintang album Barongan kedua ini akan menjenguk pasaran menjelang April nanti.
``Inilah masanya kami memberikan yang terbaik. Tidaklah mahu mengatakan kami sasarkan untuk menjadi juara di setiap acara anugerah muzik yang sering diadakan di tanah air, tapi memadai album kami ini diterima sehingga ke seluruh pelosok tanah air.
`Jika kami dapat memenangi hati penggemar muzik dengan jualan album yang besar, itu sudah cukup memberi kepuasan,'' ujar Sham yang langsung tidak kelihatan kekok bergandingan dengan kumpulan barunya ini.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞