Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















Makna air mata Awie Wings

Posted by Crew Saturday, March 12, 2011 0 ulasan
 ADA sebab mengapa penyanyi Wings, Awie atau Ahmad Azhar Othman menitiskan air mata sejurus konsert Red On Black (ROB) anjuran syarikatnya Awie Entertainment Sdn Bhd dan Red On Black Sdn Bhd berakhir di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada Jumaat lalu.

Air matanya jatuh bukan saja kerana konsert yang menampilkan gabungan dua band rock, Wings dan Search serta ratu rock, Ella, berlangsung dengan jayanya apabila dibanjiri hampir 10,000 penonton, tetapi ia berlangsung selepas menempuh pelbagai rintangan
.

“Saya terlalu gembira kerana konsert ini yang dianggap seperti anak pertama kelahiran syarikat pengurusan acara sendiri akhirnya dapat diadakan berikutan nyaris dibatalkan kira-kira sebulan sebelum berlangsung.

“Ini kerana penganjur bersama sebelum ini tiba-tiba menarik diri atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak pasti,” katanya ditemui selepas selesai membuat persembahan. 

Menurut Awie, penganjur terbabit memaklumkan mahu membatalkan konsert itu


 saat-saat akhir ketika dia sedang bertolak ke Bangkok, Thailand, bulan lalu atas urusan kerja selama 10 hari.

“Saya terlalu terkejut apabila penganjur bersama sebelum ini menghubungi saya mahu membatalkan konsert ini sedangkan semua persiapan sedang giat dijalankan dan apabila masalah ini datang tiba-tiba ia ibarat seketul batu besar menimpa atas kepala.


“Dalam keadaan tidak keruan itu, saya kemudian menghubungi Pengarah Urusan Red On Black Sdn Bhd, Mohd Solih Toha bagi meminta bantuannya sebelum dia bersetuju mengambil alih tugas yang ditinggalkan penganjur terdahulu.


“Selama saya berada di Bangkok, beliau yang banyak melakukan kerja menguruskan perjalanan konsert ini termasuk memohon permit.


“Tanpa bantuannya juga saya tidak fikir konsert ini akan berjalan seperti yang dirancang,” katanya.


Malah, konsert itu yang juga pada peringkat awalnya mengekalkan penggunaan nama Double Trouble (DT) terpaksa ditukar kepada ROB berikutan tidak diluluskan pihak berkuasa kerana dikhuatiri mengundang kontroversi.


“Oleh sebab itu, saya bersyukur dengan kejayaan konsert ini kerana ia bermaksud saya sudah melepasi segala masalah yang berlaku,” katanya.


Manakala, Ella turut mengakui konsert berkenaan memberikan kepuasan kepada dirinya kerana dapat menghiburkan peminat dalam skala besar walaupun hanya persembahan jemputan.


“Saya memang sudah banyak kali membuat persembahan di pantai timur, tetapi sekadar memenuhi undangan majlis anjuran korporat.


“Ini kali pertama saya membuat persembahan dalam konsert besar bersama Wings dan Search.


“Seronok sangat apabila dapat menghiburkan penonton dalam acara besar ini dan terharu kerana kehadiran saya masih diterima mereka. Malah, mengejutkan apabila mereka menghafal semua lagu yang disampaikan,” katanya.


Mengimbas kembali perjalanan konsert yang bermula jam 8.45 malam dan berlangsung selama 2 jam 45 minit itu, ia bermula dengan gimik yang dijanjikan iaitu deruman enjin 10 kereta mewah Ferrari dan Lamborghini, selain percikan bunga api.


Keresahan penonton yang menanti di sekitar stadium berkenaan sejak jam 6 petang bagi menyaksikan konsert rock besar-besaran selepas hampir 20 tahun tidak diadakan di pantai timur hilang serta-merta dengan kemunculan Ella atau Norzila Aminuddin bagi membuka tirai persembahan.


Ella menghangatkan acara dengan menyampaikan lagu yang mempopularkan namanya selepas muncul solo iaitu Permata Biru, Sembilu, Nuri dan medley Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta dan Kesal.


Namun, boleh dikatakan penyanyi yang masih lincah di pentas walaupun usia sudah menginjak 44 tahun itu hanya menyanyikan separuh daripada setiap lagunya, manakala separuh lagi dinyanyikan penonton.


Ini membuktikan bahawa Ella adalah penyanyi rock wanita tempatan yang berjaya mengekalkan popularitinya sejak terbabit dalam bidang nyanyian pada 1984 dan masih menjadi tumpuan peminatnya walau di mana-mana juga.


Persembahan semakin rancak sebaik Ella dan bandnya menamatkan segmen mereka apabila dua legenda rock, Awie dan penyanyi kumpulan Search, Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, muncul serentak dan mendendangkan lagu wajib mereka, Gemuruh.


Ketika dua penyanyi berkenaan bergandingan, penonton bagaikan terkena histeria apabila mereka menjerit memanggil nama Awie dan Amy, selain melonjak-lonjak mengikut irama lagu.


Kedua-duanya juga sempat bertanyakan khabar penonton selain meminta mereka mendoakan kesejahteraan perjalanan konsert itu tanpa berlaku sebarang perkara tidak diingini.


Amy kemudian meninggalkan pentas bagi membolehkan Awie meneruskan segmennya bersama Wings dan menyampaikan lagu Lipas Kudung diikuti Jerangkung Dalam Almari dan Sejati sebelum kumpulan itu meneruskan persembahan dengan Amy mengambil alih tempat Awie dan menyanyikan lagu Balada Pemuzik Jalanan.


Awie kemudian mengambil giliran memulakan persembahan kumpulan Search dengan menyampaikan lagu Opera Hidup sebelum segmen kumpulan itu diteruskan Amy dengan lagu Isabela, Pawana dan Pelesit Kota. Tatkala, lagu Isabela berkumandang penonton menyalakan pemetik api menandakan mereka asyik dibuai alunan lagu berentak perlahan itu berbanding dua lagu selepas itu.


Ella kembali semula ke pentas dan berduet dengan Amy dengan lagu Dua Insan Bercinta yang pernah dirakam bersama kumpulan The Boys. Persembahan duet itu turut diiringi petikan gitar daripada Kid Search.


Tidak sah persembahan malam itu tanpa duet daripada Ella dan Awie yang kemudian menyampaikan lagu Baldu Biru serta iringan petikan gitar daripada Joe Wings menyaksikan peminat turut menyanyi bersama.


Wings dan Search kembali menguasai pentas dengan medley Rozana, Semalam Yang Hangat, Gadisku, Taman Rashidah Utama, manakala penyampaian lagu Meniti Titian Usang dan Misteri Mimpi Syakilla pula dinyanyikan bersama Ella.


Selepas menaikkan adrenalin penonton dengan rangkaian lagu hits, ketiga-tiga penyanyi berkenaan mengundur diri seketika untuk berehat selama 10 minit, namun di kesempatan masa itu penonton dihiburkan dengan gorengan gitar solo daripada Kid dan Joe.


Konsert diakhiri paduan suara ketiga-tiga penyanyi berkenaan yang menyampaikan lagu Rock n Roll Lu Punya Suka daripada album kelima Wings, Jerangkung Dalam Almari yang diterbitkan pada 1991.


Secara keseluruhan, konsert ROB menampilkan persembahan muzik yang cukup mantap. Melalui pemerhatian, kebanyakan penonton adalah daripada golongan muda yang tidak membesar dengan lagu-lagu daripada ketiga-tiga legenda rock berkenaan.


Sambutan peminat dari pantai timur cukup luar biasa apabila mereka bersikap sporting mungkin disebabkan sekian lama menanti acara sedemikian berlangsung di tempat mereka.


Oleh itu, penonton cuba mengelak menimbulkan sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengakibatkan acara sama tidak dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞