Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















Tiga kumpulan rock gegar Tampin esok

Posted by Crew Saturday, March 12, 2011 0 ulasan
Konsert ‘Triple Malaya In Concert’ membariskan tiga lagenda kumpulan rock terkenal iaitu May, Amuk dan XPDC bakal diadakan di Stadium Mini Tampin, Negeri Sembilan, Sabtu ini.
Penganjur, Mohd Asri Ramli ketika ditemui berkata, konsert berkenaan dijangka dapat menyaingi kehangatan konsert jelajah ‘Double Trouble’ oleh dua kumpulan rock gergasi yang tidak asing lagi iaitu kumpulan Search dan Wings sebelum ini.

Katanya, pemilihan tiga kumpulan rock terbabit bersesuaian dengan konsep disampaikan untuk menjadikan artis sebagai ikon positif dan menghindari aktiviti negatif yang boleh merosakkan anak bangsa pada masa akan datang.
“Konsert Triple Malaya juga satu program hiburan bagi belia hingga dewasa yang mana ia program bersiri jelajah satu negara bermula dari selatan tanah air dan memilih Stadium Tampin sebagai lokasi persembahan sulung.


“Objektif utama konsert ini untuk mengangkat kembali kegemilangan muzik rock era 80-an yang sebenarnya masih mempunyai ramai peminatnya terutama masyarakat luar bandar yang merindukan hiburan berbentuk konsert.

“Serentak karnival ini pelbagai agensi kerajaan terbabit membuka gerai pameran yang diharap dapat memberikan informasi berfaedah kepada pengunjung,” katanya.


Katanya, menerusi konsert jelajah itu kumpulan rock terbabit bakal menemui peminat fanatik mereka di lokasi terpilih di Pahang, Pulau Pinang dan Selangor.

“Ini satu daripada cara kami untuk menangkis segala tohmahan terhadap kumpulan rock dan mengetengahkan imej positif mereka yang sering di salah tafsir masyarakat sejak zaman kegemilangan mereka.

Mohd Asri berkata, tiket dijual pada harga RM50 dan pengunjung berpeluang melihat pelbagai aktiviti sampingan.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞