Welcome to ROCKERS WORLD.Before you want to hear all the radio in this blog, please make sure that Windows Media Player on your computer is current. It will be easier for you to listen through this blog.join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Followers

WORLDWIDE RADIO.FM
KINI BOLEH DENGAR 24 JAM SETIAP HARI TANPA HENTI HANYA DI
WORLDWIDE RADIO FM® PRESS CLICK HERE
KOMEN SAYA DI FACEBOOK
CHAT WITH ME

Monday, June 6, 2011

KUMPULAN BUNKFACE

Bunkface ialah sebuah kugiran empat ahli yang diasaskan di Klang, Selangor, pada tahun 2005, kini terdiri daripada penyanyi utama dan pemain gitar keduanya Sam Baharom, pemain gitar bes dan penyanyi tambahan Youk, pemain gitar utama Paan, dan pemain dram Ejam Coda. Antara lagu-lagu popular nyanyian Bunkface termasuk "Bunk Anthem", "Situasi", "Silly Lily", "High School Rocker", "Prom Queen", dan "Through My Window."

Pembentukan

Kugiran ini bermula sebagai empat sekawan yang bersekolah di SMK Sri Andalas dan sering mengadakan sesi jamming biasa di Klang, Selangor, Nama "Bunkface" berasal dari tajuk sebuah lagu dendangan Sum 41, "Crazy Amanda Bunkface", yang dicadangkan oleh bekas pemain dram, Biak.

Pada Mac 2006, Bunkface memenangi tempat pertama di pertandingan Band Rakan Seni Budaya anjuran Universiti Malaya, yang mana Piko dari kumpulan Marionexxes juga bertindak selaku pengurus acara, majalah muzik ROTTW turut sama menaja acara itu. Daripada itulah Bunkface julung kalinya disiarkan dalam majalah. Kemudian, Piko telah mencadangkan Bunkface kepada komuniti muzik Internet Demoplanet.tv untuk menawarkan penajaan untuk membikin video muzik. Pada akhir tahun 2006 barulah mereka dapat menarik perhatian umum dengan menyertai pertandingan realiti Blast Off.

Pada Disember 2007, Bunkface mengeluarkan EP pertama mereka yang berjudul Lesson of the Season yang ddiisi enam buah lagu berbahasa Inggeris yang mengadunkan gaya pop-punk/rock alternatif. Lagu hit "Silly Lily" menduduki tangga teratas di carta hitz.fm Malaysian Top Ten selaam 8 minggu dan carta Fly.fm Campur Chart selama 10 minggu. Single berbahasa Melayu pertama mereka, "Situasi" pula menduduki tangga 1 di carta XFresh FM serta mencapai tangga 3 di Carta Era selama 3 minggu.

Pada tahun 2009, Kumpulan Bunkface menggondol anugerah Rockstar, Break Out dan juga The Ultimate Shout! Award di upacara Shout! Awards pertama anjuran 8TV di Stadium Bukit Jalil. Pencapaian mereka di majlis penganugerahan urban tersebut menarik minat pihak penganjur One Movement For Music Perth (OMFM) dari Australia yang mengundang mereka untuk membuat persembahan di pesta yang diadakan di Perth pada 16–18 Oktober 2009, sekaligus menandakan kali pertama mereka membuat persembahan di luar negara


Bunkface menyertai kempen Everyone Connects anjuran TM dan menyanyikan lagu "Through My Window" yang disiarkan dalam iklan radio dan TV kempen tersebut. Lagu ini mula diperdengarkan ke udara dalam bentuk lagu misteri yang diedarkan ke semua stesen radio di negara.Misteri ini menimbulkan tanda tanya di kalangan orang awam mengenai siapa penyanyinya dan apakah tujuan lagu ini dimainkan. Populariti kumpulan Bunkface melonjak setelah didedahkan identiti mereka selaku penyanyi lagu tersebut. Ketika ini, bilangan peminat lagu "Through My Window" yang mendaftar di Facebook mencecah 17,000 orang di samping namanya disebut lebih 3.7 juta kali dan lebih 6,600 muat naik video and audio di laman sosial tersebut. Acara nyanyian beramai-ramai Everyone Connects yang turut mengetengahkan lagu "Through My Window" diadakan di Jalan Bukit Bintang pada 21 November 2009. Band indie lain yang turut serta dalam konsert gemilang itu ialah Rock N Roll John, Marionexxes, Maddame, Basolaye dan The Rodeo.

Pada Mac 2010, Bunkface mengeluarkan album penuh pertama mereka, iaitu Phobia Phoney[6] yang terdiri daripada empat lagu Melayu dan enam lagu Inggeris, termasuk single-single hit seperti "Situasi", "Revolusi", "Prom Queen" dan "Soldier".

Pada bulan Ogos 2010, beberapa akhbar memuatkan berita mengenai perselisihan faham di antara Sam dan anggota kumpulan Bunkface yang lain. Diberitakan Sam tidak berpuas hati kerana kejayaan Bunkface banyak dibantu oleh kesungguhan beliau sahaja. Sam dikatakan mahu meninggalkan kugiran itu dan membentuk kugiran baru.

Tidak lama selepas itu, Sam dan pengurusannya tampil menafikan dakwaan. Menurut mereka, Bunkface masih lagi utuh dan tidak akan berpecah (dalam waktu terdekat ini) sebaliknya akan terus merencana perjalanan seni mereka. Sam bagaimanapun mengakui akan menubuhkan sebuah kugiran indie terbaru yang lebih banyak menumpukan persembahan secara underground. Menurut Sam, penglibatannya dalam kugiran baru itu tidak bermakna dia mahu meninggalkan Bunkface sebaliknya sekadar mencuba perkara baru

AHLI-AHLI
Sam Baharom - Pemain Gitar Kedua, Vokal
Paan – Pemain Gitar Utama
Youk – Pemain Bass
Ejam (coda)= Pemain Drum (sensionist)

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
This site does not host any files, only indexes links found on the Internet. I am not responsible for the misuse of the content found on Blog and also I am not responsible for any damage or injury caused by anything posted here. If something in the Blog is your property or cause him any damage or injury, please contact by EMAIL ME HERE we will withdraw the content of the blog as soon. Content here is just disclosure. We use third-party advertising companies to serve ads when you visit our website. These companies may use information (not including your name, address, email address, or telephone number) about your visits to this and other websites in order to provide advertisements about goods and services of interest to you. If you would like more information about this practice and to know your choices about not having this information used by these companies, click here.