Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















KUMPULAN LAGENDA DESIRE

Posted by Crew Friday, February 24, 2012 0 ulasan


Kumpulan Desire merupakan sebuah kumpulan penyanyi rock di Malaysia yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Pengasas bagi kumpulan Desire ini ialah Razli Hussain (pemain gitar utama) yang telah menubuhkan kumpulan ini pada tahun 1985. Nama asal ialah D'Zai.Kumpulan Asal Desire ini terdiri daripada Ranzmie (penyanyi), Razli (gitar), Eddie (bass) dan Ali (drum). Kumpulan D'Zai amat terkenal di negeri Kelantan pada era 80an dan merupakan juara dalam pertandingan Juara Rock Negeri Kelantan pada tahun 1985. Pada tahun 1986,Desire mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan Juara Juara Rock Malaysia (pada ketika itu kumpulan May menjadi juara.).Setelah beberapa anggota baru bertukar ganti,(Saiful dan Zuki),Saiful mencadangkan nama kumpulan ditukarkan kepada nama Desire. Pada tahun 1987, kumpulan ini telah menjadi juara dalam pertandingan Juara-juara Rock Malaysia ke 2. Bertitik tolak dari situ syarikat Polygram telah berminat menawarkan peluang kepada kumpulan Desire untuk merakamkan album pertama.
Pada tahun 1988 Kumpulan Desire telah muncul di persada tanah air dengan album sulung mereka SUMPITAN SENJA yang menampilkan lagu-lagu heavy/speed metal dan slow rock. Album Sumpitan Senja menampilkan Ranzmie sebagai penyanyi utama. Ranzmie yang bersuara nyaring sesuai dengan lagu yang pantas dan agresif, tetapi kurang menyengat untuk lagu yang berentak perlahan.
Pada tahun 1989 Desire merakamkan album kedua mereka berjudul TOLAK CAMPUR KALI BAHAGI. Album ini menampilkan Johan sebagai penyanyi baru mereka setelah Ranzmie mengambil keputusan untuk mengundur diri. Album ini telah menolak naik nama Desire ke peringkat lebih tinggi dalam bidang muzik rock Malaysia dan mendapat anugerah Gold Disc dari Polygram. Genre muzik yang dimuatkan dalam album ini adalah berentak blues rock & hard rock.
Album ke 3 Desire dihasilkan pada tahun 1990 bertajuk KATA KATA KATA dengan Eury Khan pula sebagai penyanyi utama. Genre muzik untuk album ketiga ini lebih kepada R&B dan funky rock. Eury kemudiannya menarik diri dan mengganggotai kumpulan Nobat atau S.O.S pada tahun 1991.
Masalah yang dihadapi oleh kumpulan Desire ialah untuk mengekalkan ahli-ahli mereka. Perpecahan kerap berlaku apabila ada ahli yang mengundur diri bagi menceburi bidang lain. Ini kerana mereka bergiat aktif hanya di Kelantan, Terengganu dan Thailand dan tidak pernah berhajat untuk menetap di ibukota yang mempunyai lebih banyak peluang untuk ke hadapan. Kumpulan Desire ini terus menyepikan diri pada tahun 1991 sehingga 2005 selepas konsert rock diharamkan di Kelantan oleh Kerajaan Negeri.
Pada tahun 2007, Kumpulan Desire muncul kembali dengan album ke 4 bertajuk PUTERI SAADONG. Genre muzik kali ini lebih kepada Pop Rock dan slow rock mengikut peredaran masa. Mungkin kematangan telah membawa kumpulan ini menerbitkan lagu-lagu yang berentak lebih segar dan relaks. Lagu-lagu di dalam album ini dicipta dan diterbitkan oleh kumpulan Desire sendiri.
Pada tahun 2010,seiring dengan kemajuan teknologi terkini,sekumpulan peminat Kumpulan Desire mencari dan berjaya mengumpul semula ahli-ahli asal Desire,(Lie,Saiful,Zuky,Aziz dan Johan).Kumpulan Desire bersepakat dan bergabung semula dibawah nama 'Desire Reunion 2010'.Kali ini Kumpulan Desire berada dibawah pengurus mereka iaitu saudara Shamsul Ambia Mat Daud.Di bawah pengurusan saudara Shamsul Ambia,Kumpulan Desire berjaya mengadakan mini konsert di One Cafe,Kuala Lumpur pada tarikh 18/12/2010.Tetapi sewaktu hampir pada tarikh tersebut,saudara Saiful tidak dapat bersama-sama Desire untuk konsert tersebut.Dan,tempat beliau telah digantikan oleh saudara Nazri @ Yie sebagai gitaris kedua untuk konsert tersebut.Selepas berjaya mengadakan konsert tersebut,mereka mengeluarkan album Desire Reunion 2010 - live @ One Cafe pada awal tahun 2011.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞