Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KUMPULAN LAGENDA SOFEA @ SYJ

Posted by Crew Wwide Group Thursday, May 10, 2012 0 ulasan


Band SYJ asalnya dari kumpulan `Ex-December' yang juga ditubohkan oleh Syed Yusof Jamalulail (pada ketika itu saorang anggota polis trafik di Ipoh). Ia ditukar ke nama `SYJ' pada tahun 1978. Anggota asal `SYJ' tahun 1978 terdiri daripada Halim (gitar dan keyboard), Man Gemok (bass), Pak Su Nor (drum - kemudian diganti dengan Din Urko) dan Hamidi (Flute). Penyanyi wanitanya Rohana Kassim.
SOFEA pada mulanya ditubuhkan oleh Syed Yusuf Jamalulail atau dikenali sebagai "Pak Syed" dengan nama SYJ pada tahun 1983 di Kg. Manjoi Ipoh,Perak. Pada masa itu SYJ hanya bermain di rumah-rumah kenduri kahwin sahaja. Ketika itu, Amir(Amirrudin bin Zulkefly; lahir 1962) bukan vokalis asal SYJ '86.Dia diambil melalui ujibakat vokalis untuk kumpulan ini.Amir menyertai SYJ pada tahun 1985.Waktu itu, hanya rumah Pak Syed yang mempunyai tempat 'jamming'. Penyanyi asal SYJ pula telah pun keluar dari SYJ.
Pada tahun 1986, SYJ '86 telah menyertai pertandingan Battle of the Bands yang dianjurkan oleh Papa Ali (Ali bakar). Ketika itu,pengurus kumpulan SYJ ialah Syed Yusuf Jamalulail. Selepas itu, mereka turut disertakan dalam album Battle Of The Bands 1 & 2 dengan lagu Hati Syaitan & Orang timur (BOTB 1),manakala lagu Mata Sepet & Teruskan untuk BOTB 2. Selepas album ini dikeluarkan, Syed Yusuf Jamalulail tidak lagi menguruskan kumpulan ini kerana sering mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik lagu yang panas seperti Hati Syaitan,Orang Timur & Mata Sepet dan kerana tiba masanya untuk Amir dan Man Rani(Othman Rani bin Mohd Tajry; lahir 1963) menggalas tanggungjawab sebagai pengurus. Selain itu,mereka juga mencetuskan kontroversi melalui imej yang dibawa seperti imej kumpulan rock dari barat iaitu ‘Motley Crue’ dan ‘Kiss’. Lantaran itu, mereka menukar nama kumpulan SYJ kepada SOFEA. Idea nama SOFEA merupakan idea dari Man Rani sempena nama kekasih dia semasa itu iaitu Julia Sofea. Nama ini muncul ketika kumpulan SYJ berada di dalam van menuju ke salah satu tempat persembahan mereka. Dan tugas pengurus kumpulan juga telah diambil alih oleh Man Rani (bassist & 2nd vocal).
Pada tahun 1987, mereka keluar dengan album pertama mereka berjudul KEMBALI. Album ini mengandungi 10 lagu dan diterbitkan oleh Warnada Sdn. Bhd. Album ini turut menggunakan pemuzik luar yakni Raymond Lim. Ketika itu,barisan anggota Sofea telah bertukar di posisi drum iaitu Nahar(Raja Nahar bin Raja Horman; lahir 1960) telah mengantikan Eduat(Syed Noor Eduat bin Syed Yusuf Jamalulail; lahir 1961; meninggal dunia pada 11 Oktober 2006) kerana beliau terlibat dengan beberapa masalah kesihatan.Sebelum ini Nahar pernah bermain secara sambilan untuk SYJ.Maka,selepas Eduat keluar, mereka terus menghubungi Nahar untuk menyertai SOFEA.
Pada tahun 1988, SOFEA telah mengeluarkan album yg ke-2 berjudul ANAK LIAR.Album ini merupakan titik mercu kejayaan SOFEA apabila memenangi beberapa anugerah seperti platinum gold disc,kulit album terbaik,sounds system yang baik dan sebagainya.Dalam album ini,hanya Man Rani dan Amir yang terlibat dalam sesi rakaman.Khidmat sessionist digunakan dalam penghasilan album ini.Barisan anggota SOFEA bertukar di mana Fancy(Ramlie Adnan; lahir 1963; berkahwin dengan Anita Sherox) telah diambil sebagai pemain gitar baru bagi menggantikan Zam(Zamri Shafie) selepas penghasilan album ini. Album ini juga menyaksikan Man Rani telah menyumbangkan suara dengan menyanyikan lagu seperti Bunga Padang Pasir & Suratan Perpisahan yang merupakan lagu "berhantu" lantas digilai oleh minah-minah rock semasa itu.Dari saat itulah Man Rani digelar sebagai "Man Glamour" oleh Mama Juwie.
Pada Tahun 1989, Nahar sekali lagi berkhidmat sbg pemain drum & Fancy masih juga kekal di posisi gitaris untuk album ke-3 iaitu BONEKA PENTAS. Di dalam album ini kebanyakan lagu dicipta oleh anggota SOFEA sendiri. Lagu Syurga Di Hujung Jarum menampilkan Amir dengan Man rani bergabung suara sebagai penyanyi.Kali ini konsep serta imej SOFEA bertukar sama sekali oleh kerana permintaan syarikat rakaman.Lagu "Bungaku Kerinduan" merupakan lagu yang paling menyentuh hati kerana lagu ini ditujukan kepada isteri pertama Man Rani bernama Norbi bt Ahmad.Hasil perkahwinan beliau dkurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Amin Bin Othman Rani. Umur beliau 22 tahun.Menetap di Buntung, Perak bersama opahnya.
Pada tahun 1990 sekali lagi, SOFEA telah melancarkan album mereka yang berjudul KHUDRAT,menampilkan anggota baru iaitu Allang sebagai Vokalis,Amir Gitar,Addy Bass dan Junn sebagai pemain Drum. Ketika ini,Amir selaku vokalis telah menarik diri dari terus menerbitkan album ini kerana mempunyai masalah antara ahli-ahli SOFEA. Album BONEKA PENTAS merupakan titik mula kejatuhan SYJ SOFEA ini kerana album ini rata-rata ahlinya tidak lagi mempunyai minat untuk meneruskan perjuangan SOFEA terutama Man Rani.Oleh sebab ingin "menampakkan" arwah Eduat bersama SOFEA maka akurlah mereka untuk menerbitkan album ini walaupun mereka mengetahui bahawa album ini tidak akan membuahkan hasil. Kekosongan tempat Amir diambil oleh Zan(Alang). Manakala Eduat telahpun kembali dengan mengambil semula posisi pemain drum yg ditinggalkannya ketika dulu daripada Nahar. Atanka pula menggantikan kekosongan gitaris yang ditinggalkan oleh Fancy kerana Fancy menubuhkan kumpulan (GET) dan LEON.
Kini, salah sorang anggota SYJ86@SOFEA telah meninggal dunia iaitu Eduat atau Syed Noor Eduat bin Syed Yusuf Jamalulail pada 11 Oktober 2006. Al-Fatihah.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞

۞ Direktori ۞

۞ Referrer ۞