Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















info Kumpulan Mpire

Posted by Crew Thursday, June 28, 2012 0 ulasan

Mpire ditubuhkan pada tahun 2005, setelah Pae dan Ali meninggalkan kumpulan rock terkenal, XPDC. Pada awalnya Mpire berkerjasama dengan beberapa pemuzik profesional yang berbeza, Mpire membuat persembahan di sekitar Malaysia dan di dalam rancangan popular hiburan TV di Malaysia, Zoom In. Setelah rakaman album dengan penerbit, Trabye, Ali dan Pae memutuskan untuk menggunakan pelbagai instrumentalis. Tidak lama kemudian, Ali diminta untuk meninggalkan Mpire kerana ketidakmampuannya memberi komitmen untuk kemajuan kumpulan ini. Pencarian untuk bassis kekal, berakhir ketika Asfa muncul melalui cadangan daripada Pae.

  • PAE - drum,vox
Pemain drum handalan di Malaysia yang bergiat aktif di dalam persembahan pentas di seluruh negara dan juga di kelab-kelab malam. Pernah bersama beberapa buah kumpulan seperti XPDC dan Barongan. Beliau berpengalaman di dalam muzik tradisional. Beliau juga terkenal dengan teknik 'double pedal'. Tekniknya itu sentiasa menjadi tarikan di mana jua beliau membuat persembahan. Beliau juga berkebolehan membuat muzik.
  • TRABYE - guitar,vox
Seorang pemuzik yang serba-boleh. Mula terlibat dengan muzik sejak di bangku sekolah rendah dan telah menyertai beberapa orkestra di Lembah Kelang selama 10 tahun. Beliau kini seorang komposer dan penerbit muzik yang giat mencipta nama. Hasil-hasil karya beliau boleh didengar di rancangan-rancangan TV JAKIM dan album-album nasyid. Beliau juga aktif membuat filem skor untuk filem-filem tempatan seperti filem Adnan Semp-It, Senario Asam Garam, Zoo, Niyang Rapik, Semerah Cinta Stiletto, V3 Samseng Jalanan dan bayak lagi. Beliau juga mendapat 2 pencalonan anugerah Festival Filem Malaysia ke 23 di dalam kategori Skor Muzik Asal Terbaik.
  • ASFA - bass,vox


Mpire kini sedang giat menjalani sesi latihan untuk mengemaskini lagu-lagu lama Mpire dan persediaan untuk pra-produksi album baru yang berjodol Dasar Pandang Ke Timur.

Sebagai sajian ringan, berikut adalah sebahagian jodol sementara (working title) lagu-lagu baru Mpire.

1. Kekasih 28
2. Tanpa Hadirmu
3. Kasih Jelmaan
4. Racun Berduri
5. Bawaku Pulang
6. Takdir


Syukur alhamdulillah, Mpire kini kembali beraksi menemui para peminat yang telah sabar menunggu kepulangan kumpulan metal/hard rock ini. Setelah menempuhi pelbagai cabaran dan halangan, Mpire kini berjaya melepasi belenggu yang mampu memusnahkan kerjaya sesiapa sahaja yang menempuhinya tanpa kesabaran yang jitu dan usaha yang gigih.


Domain web mpireband.com kini kembali ke tangan kami! Domain ini telah dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kini kami berjaya mendapatkannya semula.
  • Prolog
  • Angan Sang Taring
  • Berasap Berabuk
  • Peringatan Dari Yang Satu
  • Kuda Ranggi
  • Mereng
  • Siapa Bilang Aku Tak Sayang
  • Hasrat
  • Merdeka
  • Jangan Tunggu Lama-Lama
  • Jadi Kita

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞