Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















bertudung tapi seksi

Posted by Crew Thursday, August 30, 2012 0 ulasan


Benarkah Bertudung Tetapi Seksi Lebih Baik Daripada Tidak Bertudung Langsung ?


Ramai masyarakat Melayu sering mengatakan "Bertudung walaupun berpakaian sendat adalah lebih baik daripada tidak bertudung". Lazimnya kenyataan ini dikeluarkan dengan tujuan untuk menjaga hati wanita tertentu dan mengelakkan mereka dikritik pedas oleh pihak yang sensitif dalam soal aurat. Hakikatnya, ketahuilah bahawa, bertudung tetapi berpakaian sendat ketat adalah sama sahaja dengan tidak bertudung dan berpakaian sendat iaitu 2x5 atau 5x2. Maksudnya, tiada yang lebih baik antara kedua-dua itu.

Apa penjelasannya ?
Tudung yang menutupi rambut dan leher itu adalah hanya menutupi 10% daripada aurat wanita Islam sedangkan bahagian badan dari kaki, betis, peha hingga ke pinggul,dada dan lengan yang wajib ditutup dan dijaga adalah 90% daripada keseluruhan aurat. Jadi, apa guna dan apa hikmah seorang wanita Melayu itu bertudung lengkap sedangkan majoriti bahagian tubuh lainnya terdedah dan dibaluti oleh pakaian yang sendat ketat atau jarang. Tudung tersebut tidak mampu dan tidak akan memberi kesan adab dan akhlak kepada si pemakai dan orang-orang yang melihatnya kerana 80-90% aurat utama telah bersifat menggoda dan menaikkan nafsu seksual akibat tidak dikenakan pakaian yang betul menepati syariat Islam.

Trend menggabungkan fesyen tutup aurat dan fesyen mencemar aurat inilah yang digelar oleh segelintir masyarakat sebagai 'Bertudung tetapi seksi'. Tidak pernah wujud konsep seksi menggoda di dalam pemakaian seorang wanita Islam. Apa yang lebih teruk, bertudung sambil berpakaian sendat ketat sebenarnya adalah seperti memperlekehkan arahan Allah dan mempersendakan kemuliaan fesyen sopan Muslimah.

Kepercayaan Karut Perempuan Tidak Tutup Aurat

KEPERCAYAAN KARUT PEREMPUAN YANG TIDAK TUTUP AURAT


KEPERCAYAAN KARUT #1
"Saya bukannya tidak mahu menutup aurat, saya tahu ia perubahan yang baik  tetapi buat masa ini saya belum bersedia. Insyaallah satu hari nanti saya akan cuba menutup aurat. Doakanlah saya supaya saya mendapat hidayah ya."

KENAPA IA MENGARUT ?
Mahu tunggu hidayah baru nak tutup aurat ? Sampai bila mahu tunggu untuk berubah ? Berhari-hari ? Berbulan-bulan ? Bertahun-tahun ? Sempatkah anda menutup aurat dengan betul jika maut datang menjemput anda secara tiba-tiba ?

Hidayah untuk menutup aurat mesti dicari dengan melaksanakannya dalam keadaan terpaksa terlebih dahulu, lama-kelamaan hati akan beransur-ansur ikhlas dan terbuka bukannya menunggu hati yang ikhlas. Takut tak sempat tua !



KEPERCAYAAN KARUT #2
"Agak-agaklah sikit kalau nak kalau tegur orang (tidak tutup aurat)! Awak ingat diri awak tu sempurna sangat ke bila sudah tutup aurat ? Tak ada manusia yang sempurna, OK."

KENAPA IA MENGARUT ?
Bila anda ditegur kerana anda tidak menutup aurat pada ketika anda sepatutnya wajib menutup aurat, maka orang yang menegur itu TIDAK SALAH kerana dia sudah jatuh WAJIB menegur anda dan ketahuilah bahawa fakta menutup aurat itu adalah wajib bukannya harus atau sunat.

Aurat wanita Islam yang wajib ditutup adalah segala bahagian tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Adakah anda sangat bermasalah untuk me'sempurna'kan tuntutan Allah itu walaupun tidak 100%, sekurang-kurangnya 95% ? Adakah memakai tudung di kepala, memakai baju kurung yang tidak jarang dan sendat, blouse atau baju labuh berlengan panjang, berkain dan berseluar lapang adalah suatu yang mustahil untuk di'sempurna'kan ? Adakah ia suatu tahap ke'sempurna'an penutupan tubuh yang terlalu ekstrem yang hanya para ustazah atau isteri alim ulama sahaja yang mampu me'sempurna'kannya ? Adakah ke'sempurna'an yang disebutkan ini tidak boleh di'sempurna'kan oleh wanita Islam biasa seperti anda ? Ianya kesempurnaan yang mampu disempurnakan.

Jika sudah berusaha menutup aurat se'sempurna' yang boleh dan anda juga masih melakukan dosa-dosa lain akibat lalai, maka barulah anda layak mengatakan bahawa 'tiada insan yang sempurna'.


KEPERCAYAAN KARUT #3
"Bukan tak boleh tegur orang yang tidak tutup aurat, tetapi janganlah keras-keras, tegurlah dengan lemah lembut.:"

KENAPA IA MENGARUT ?
Manusia ada pelbagai reaksi terhadap teguran. Ada wanita yang mudah diubah dengan nasihat yang lemah-lembut. Ada pula wanita yang tidak laku dengan teguran yang lembut itu, maka harus berpuluh atau beratus kali baru memberi kesan. Malahan, ada wanita yang lali dengan sebarang teguran yang lemah-lembut, lalu keadaan auratnya semakin teruk terdedah-dedah di dalam masyarakat, maka teguran secara tegas dan keras adalah perlu dan harus demi perubahan mereka.

Masalah besar pada wanita zaman kini ialah bila mereka ditegur secara lembut tidak makan, bila ditegur secara keras mereka marah. Kesimpulannya, mereka ego tidak mahu ditegur. Mereka mahu dibiarkan.



KEPERCAYAAN KARUT #4
"Saya pakai tudung dan saya pakai baju serta seluar, saya tidak berbogel. Maknanya, saya sudah cukup syarat menutup aurat. !"

KENAPA IA MENGARUT ?

Ianya belum tentu. Perlu anda faham bahawa konsep aurat yang pertama adalah menutup kulit bahagian aurat tubuh anda dari dilihat oleh mata lelaki, manakala konsep aurat yang kedua ialah merahsiakan tubuh badan anda daripada jelas ketara menampakkan alur bentuknya. Maka, jika bertudung di kepala sekalipun tetapi pada masa yang sama memakai baju lengan pendek, baju yang sendat jelas menampakkan bentuk dada dan pinggang, memakai kain terlalu lembut yang melekap di betis, peha dan pinggul, memakai leggings atau jeans sendat yang nampak sempit mengikut bentuk kaki maknanya anda tidak sempurna menutup aurat sebaliknya anda melakukan jenayah fesyen yang bercanggah dengan hikmah bertudung. Jika anda bertudung, maka pakaian-pakaian anda yang lain wajiblah sesuai dengan konsepnya. Konsep sopan mengikut nilai Islam.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞