Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















MOVIE HACKS- hanya aku cinta kau seorang

Posted by Crew Thursday, November 1, 2012 1 ulasan
salam..ok la atas permintaan cik i sya kawaii mintak xn masuk kan movie hacks (hanya aku cinta kau seorang).jadi xn segerakan masukkan movie ini...semoga terhibur menonton movie ini

Pengarah : Ollynn
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Cinta
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 21 Jun 2012
Durasi : 84 minit

DOWNLOAD MOVIE  HANYA AKU CINTA KAU SEORANG
DISINI MUAT TURUN MOVIE SINI


RINGKASAN

MENGISAHKAN tentang perjalanan kisah dua orang sahabat iaitu MUKHLIS dan MURNI dalam mencari erti cinta sebenar. Mukhlis dan Murni bersahabat baik dan mereka mempunyai hubungan paltonik antara satu sama lain. Tiada siapa dapat memahami mereka lebih dari mereka sendiri.

Murni mencuba mencari pasangan cinta untuk dirinya dan Mukhlis berjanji akan mencari Mr.Right buat Murni hingga ketemu. Dalam pencarian Mr. Right buat Murni, seorang lagi rakan mereka turut membantu iaitu Stacy yang baru saja berkahwin dengan Felix. Mukhlis membuat profile untuk Murni melalui sebuah website iaitu Meet Soulmate. Berbagai-bagai jenis lelaki yang dijumpai mereka dalam pencarian mencari Mr.Right Murni.

Mukhlis memperkenalkan Mukhlis pada kawannya iaitu AYIM. Hubungan Mukhlis dan Ayim juga menimbulkan pertanyaan buat Murni dan murni mengsyaki Mukhlis dan Ayim adalah pasangan gay. Dalam pencarian mereka, Mukhlis, Murni dan Stacy bertemu dengan IQWAL. Iqwal seorang lelaki matang yang sedang menunggu masa untuk mengadap ilahi kerana penyakit kanser hati yang dialaminya. Hubungan antara Murni dan Iqwal berkembang dengan baik dan tanpa disedari Mukhlis sedikit demi sedikit mengundur diri dari kehidupan Murni. Pelbagai peristiwa berlaku dalam hubungan Murni dan Iqwal serta Murni dan Mukhlis menyebabkan Ayim tampil untuk bersuara. Ayim memberitahu Murni bahawa selama ini orang yang paling mencintai Murni adalah Mukhlis tapi Mukhlis adalah tipikal lelaki yang tidak sanggup meluahkan perasaannya kerana takut Murni menjauh darinya. Murni sangat terkejut mendengar cerita dari Ayim dan pada masa yang sama, ZIZI iaitu adik IQWAL juga datang menemui Murni dengan perkhabaran sedih mengatakan bahawa Iqwal mengidap kanser hati dan Zizi meminta Murni dapat membahagiakan abangnya.

Murni dalam dilema untuk mengejar siapa kerana seorang adalah lelaki yang sangat penting dalam hidupnya dan seorang lagi lelaki mempunyai tempat istimewa dalam hidupnya. Murni cuba untuk menceriakan hari-hari Iqwal namun mindanya lebih memikirkan tentang Mukhlis. Murni meminta maaf pada Iqwal kerana dia harus menjejaki Mukhlis yang ketika itu berada di kampung. Dalam perjalanan pulang ke bandar, Mukhlis terlibat dengan kemalangan jalan raya dan menyebabkan sebelah matanya rosak teruk.

Tanpa disedari juga, Mukhlis juga pernah mendaftar sebagai penderma organ di hospital. Mukhlis menderma hatinya pada Iqwal kerana dia tahu hanya Iqwal yang boleh membahagiakan Murni.

1 ulasan:

Anonymous said...

=) <3 tq xn

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞