Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















Mengaku miliki rokok seludup

Posted by Crew Tuesday, October 27, 2015 0 ulasan

Gua Musang: Peniaga kedai runcit dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki rokok seludup, tiga tahun lalu.
Majistret Muhd Izzuddin Muhd Shukri menjatuhkan hukuman itu kepada Md Zubri Hamezah, 45, yang mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki empat karton rokok seludup jenama John bernilai RM88 di kedai runcitnya di Ciku 3, di sini, 10.20 pagi, 2 Oktober 2012.
Lelaki itu boleh didakwa mengikut Seksyen 35(1)(d) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barangan dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Karthy Gasedev memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh berikutan kesalahan dilakukan serius membabitkan hasil negara.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞