Welcome to ROCKERS WORLD.Join me in FACEBOOK.DONT FORGET COME AGAIN.THANKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

















Review : Wings - Naga Keramat

Posted by Crew Saturday, October 24, 2015 0 ulasan
Saja je nak buat sikit Review pasal album wings naga keramat ini.rasa album ini di lancarkan pada tahun 2010 rasa2 lah kot..tapi kebanyakkan lagu2 dalam album ini semua best2...terutama sekali lagu SAYAP ILUSI memang best layan pekena teh cicah biskut...

Wings+Awie - Naga Kramat. 

Album pertama penyatuan semula Wings (Joe, Black, Eddie) dan Awie setelah lama bercerai talak 1. Masa mula-mula keluar track Ameringgo kat radio mana eh masa tu Isma Halil Hamzah yang jadi Djnya (Red Fm kot?) saya dah semangat nak beli. Tapi lama jugak lah baru dapat beli keset NagaKramat ni yang versi istimewa punya. Special packaging ada sarung kotak kat luar dengan gambar foto Wings yang penuh ceria berwarna warni. yang versi cd ni takde kotak luar tu.







Cd dia, lawa gambar naga cina ni.
Zaman ni awie memang banyak gunapakai imej naga, pakai baju corak naga, Dragon malaya, Bumi kita ada naga lah. Eddie Dewanaga agak-agak ada kaitan tak?

Ameringgo = Amerika? best sebab Awie rap.
Ranggi Metropolis yang evergreen. priceless.



Dewi Sakti Malam =Ballad. teringat cerita yang Aziz M osman tu pulak. sape eh pelakon dia jeslina hashim eh? Apa tajuk dia Seri dewi malam heheheeh. Oww oh oh oh oh oh oh oh....
Entah kiri Entah kanan? Heavy. tak berapa masuk.



Kota Langit = sekejap je jadik feveret saya.
Sebelum pasti = hmmm kurang masuk masa mulanya. Lama-lama buleh lah.


Jumpa Hilang = Hmmmm, lepas dengar versi live kat PH terus minat pulak. Minat ni ambik masa jugak eh? Dengar part Awie tarik kat ujung tu ngeri.
Kuda Hitam eh Kuda Hujan = mula2 dengar dah suka, gerek. bila la Wings nak bawak lagu ni live? Best best best.



Sayap Illusi = Ballad. Mari tuan puan kita sama-sama bertenang sambil menghirup secawan teh di atas bukit sambil merenung awan. Sedap juga Awie bikin ini lagu. Senikata dia memang first class hsil karya S. Amin Shahab.
Lubuk Pusing = Riff dia...riff guitar lagu ni mencengkam. Riff aja dah cukup.


Rantau Kebiruan= untuk 3 lagu ballad dalam album ni, lagu ini adalah pilihan utama saya. Good ending for this album. (kalau takda 2 medley selepas track ni)


Nasik tambah: 2 medley, Medley Reunion dan Istimewa.


Kata-kata pesanan brader2 Wings yang penuh rasa keterharuan.







pasal album Naga Kramat.
Tentang betapa tak sukanya saya pada album ini masa mula2 beli dulu.
Tapi lama-lama boleh tersuka pulak. Hairan bin Ajaib.


Sebagai penutup kata,
memetik senikata lagu Ameringgo, Awie bilang "Make love not war!"

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

۞ Followers ۞

۞ Country ۞


۞ Direktori ۞

۞ Download ۞